• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misi SAR Bot Katamaran: Tiada Petunjuk Baharu

oleh Ahmad Albab
13/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) lima lagi mangsa tragedi bot pelancong karam yang masih hilang di perairan Sabah belum menemukan sebarang petunjuk baharu dalam operasi yang masuk hari ke-17 hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata operasi SAR diteruskan meliputi keluasan sektor pencarian 300 batu nautika persegi.

Katanya operasi pencarian yang masih meliputi kawasan perairan Sabah; Miri, Sarawak; dan Brunei itu membabitkan sembilan aset masing-masing tiga milik APMM, tiga milik Pasukan Polis Marin (PPM), dua milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan satu milik agensi keselamatan Brunei.

“Setakat pagi ini, tiada sebarang petunjuk baharu dilaporkan, namun, operasi SAR akan diteruskan sehingga mendapat arahan seterusnya daripada pihak atasan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Zubil berkata keadaan di sektor pencarian pada pagi ini adalah baik dengan cuaca cerah dan berharap ini akan dapat membantu pasukan SAR dalam operasi tersebut.

Dalam tragedi 28 Jan lepas, bot pelancong jenis katamaran membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal, karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.

Setakat ini 26 mangsa telah dijumpai termasuk empat yang maut. – BERNAMA

Tags: APMMbot karam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd