• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Meragut Sebab Terdesak Nak Kahwin

oleh Ahmad Albab
23/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang remaja lelaki memberi alasan terdesak mahu berkahwin bulan depan, selepas ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis kerana meragut seorang wanita warga Indonesia di Jalan Pantai Peringgit berhampiran Pasar Melaka Sentral, pagi semalam.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 9 pagi, seorang wanita berjalan kaki di persimpangan jalan berhampiran Melaka Sentral dan Pasar Besar Melaka Sentral.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, warga Indonesia berusia 27 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pangsapuri Peringgit selepas habis bekerja di sebuah kilang berdekatan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, muncul motosikal ditunggang seorang lelaki dari belakang mangsa dan suspek menarik serta menyentap beg tangan mangsa.

“Suspek melarikan beg tangan itu sebelum motosikalnya gagal dikawal lalu terjatuh dan ditahan orang awam yang berada di kawasan terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, orang awam menghubungi polis dan unit kereta ronda tiba untuk membuat tangkapan.

Shaikh Abdul Adzis berkata, suspek menunggang motosikal Modenas Dinamik dan ketika ditahan, beg tangan mangsa yang mengandungi dompet, telefon bimbit dan pasport berjaya diperoleh.

“Suspek yang berusia 18 tahun berasal dari Bachang, di sini, dan siasatan awal mendapati, suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah merusuh,” katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak manakala motosikalnya juga ditahan untuk siasatan lanjut. – myMetro Online

Tags: kes ragutlelaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd