• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Tunggu Ujian Kedua Siasat Kes Rotavirus

oleh Ahmad Albab
23/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka membuat ujian makmal kedua bagi menyiasat dakwaan terdapat kes Rotavirus di negeri ini seperti yang tular di media sosial sejak beberapa hari lepas.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman berkata sampel kedua air pancut yang diambil di Dataran 1Malaysia di Klebang dihantar ke makmal Kementerian Kesihatan di Kuala Lumpur dan keputusan ujian akan dapat diketahui dalam tempoh tujuh hari.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mendapati ujian pertama sampel air pancut itu bebas daripada kehadiran sebarang virus yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai.

“Kita telah dan sedang menjalankan siasatan dan mendapati bahawa tiada virus kencing tikus sepertimana yang didakwa oleh orang ramai menerusi tular di media sosial baru-baru in,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Komuniti 2016 dekat sini malam tadi.

Ismail berkata sebelum kes ini berlaku, pihak berkuasa tempatan (PBT) telah meletakkan tanda larangan untuk mandi di lokasi berkenaan namun ianya mungkin tidak diendahkan oleh orang ramai terutamanya kanak-kanak.

Beliau berkata pegawai penguat kuasa PBT telah diarahkan untuk memantau keadaan di Dataran 1Malaysia di Klebang dan operasi air pancut telah dihentikan buat sementara sehingga siasatan selesai.

“Selepas selesai proses siasatan , kita akan membuat kajian bagi mengatasi masalah ini sama ada akan mengambil tindakan untuk memasang papan tanda larangan mandi dengan lebih jelas ataupun memasang dinding di kolam air pancut bagi mengelak orang ramai masuk untuk mandi,” katanya.

Sebelum ini, terdapat dakwaan ramai kanak-kanak yang bermain air pancut di Dataran 1Malaysia Klebang dijangkiti Rotavirus dan mendapatkan rawatan di Hospital Melaka, sehingga menjadi tular di media sosial.

Terdahulu, Ismail menyampaikan anugerah kepada 59 agensi dan syarikat yang memenangi sembilan anugerah pada majlis anugerah berkenaan.

Antara kategori yang dipertandingkan ialah anugerah pembayar cukai terbaik, penyumbang tertinggi, komuniti sihat, komuniti aktif, media aktif, gerai terbaik, komuniti rendah karbon dan anugerah khas.

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia ( Bernama) antara 15 media yang menerima anugerah media aktif bagi kategori media cetak.

Ismail berkata anugerah tersebut diadakan buat kali kedua oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya bagi menghargai sumbangan terhadap kemajuan daerah ini khususnya mereka yang terlibat dalam sektor industri, sektor pembangunan dan juga pembayar cukai tertinggi. – BERNAMA

Tags: MelakaRotavirus
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remaja ‘Sangkut’ Sejam Dalam Tandas Runtuh

Next Post

Warga Korea Selatan ‘Bosan’ Dengan Perhatian

Related Posts

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

09/07/2024
0

Kerajaan Melaka akan membuat permohonan semula kepada Jabatan Warisan Negara bagi membangunkan kawasan tambak laut yang digazetkan sebagai Tapak Warisan...

62 Rumah Di 3 Kampung Di Melaka Terjejas Akibat Banjir Kilat

62 Rumah Di 3 Kampung Di Melaka Terjejas Akibat Banjir Kilat

22/05/2024
0

Melaka : Sebanyak 62 rumah penduduk di Kampung Pengkalan Batu, Kampung Bachang Darat dan Kampung Peringgit di sini, terjejas akibat...

Next Post

Warga Korea Selatan 'Bosan' Dengan Perhatian

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd