• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Berulat Ditemui Di Tepi Jalan Di Gerik – Polis

oleh
07/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Satu mayat yang belum diketahui identitinya ditemui di tepi jalan di kilometer 24 Jalan Kupang Gerik di Gerik, kira-kira 130 kilometer dari sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Jamalani Mat Isa berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu, kira-kira lima meter dari jalan raya oleh seorang lelaki warga Bangladesh pada pukul 12 tengah hari.

“Hasil siasatan mendapati mayat tersebut berada di situ antara empat dan lima hari. Jantina mayat tidak dapat dipastikan berikutan keadaannya yang sudah berulat.

“Keadaan mayat lengkap berbaju kemeja berpetak warna biru dan putih, berlengan panjang dan berseluar jean panjang warna biru gelap,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya terdapat kesan luka di pinggang sebelah kanan mayat itu tetapi punca kematian masih belum dapat dipastikan.

Jamalani berkata mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai mayat tersebut diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: Mayat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tambahan Lebih 2,000 Kosa Kata Bahasa Isyarat

Next Post

Nilai Semula Akta Tandatangan Digital 1997 – Jailani

Related Posts

Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani

Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani

04/05/2025
0

SHAH ALAM - Abang ipar kepada pelakon Riezman Khuzaimi, Rennie Abdul Ghani, 57, meninggal dunia selepas terjatuh semasa mendaki Gunung...

Tanah Runtuh Miri: Mayat Kedua Ditemukan Tertimbus

Tanah Runtuh Miri: Mayat Kedua Ditemukan Tertimbus

29/01/2025
0

KUCHING - Satu lagi mayat mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di bandar raya Miri awal pagi tadi,...

Next Post

Nilai Semula Akta Tandatangan Digital 1997 - Jailani

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd