• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malindo Air Perluas Perkhidmatan ‘Smarter Shuttle’

oleh Ahmad Albab
06/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malindo Air memperluaskan perkhidmatan ‘Smarter Shuttle’ dari Subang ke tiga lagi destinasi, iaitu Alor Setar, Terengganu dan Kota Bharu secara percuma.

Ketua Pegawai Esekutif, Chandran Rama Muthy berkata, keputusan itu dibuat susulan kejayaan perkhidmatan penerbangan berkenaan ke Pulau Pinang dan Johor Baharu.

Beliau berkata, perkhidmatan tersebut bukan hanya satu keselesaan, malah kecekapan masa untuk penumpang memandangkan mereka boleh memaksimumkan atau meminimumkan tempoh di destinasi masing-masing mengikut jadual mereka.

“Ini menjadi kelebihan kepada pengembara percutian dan perniagaan, khususnya bagi destinasi tempatan, yang membolehkan mereka mengambil penerbangan tersedia mengikut pilihan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengenai unjuran Malindo Air pada 2017, Chandran berkata ia akan menjadi tahun yang lebih cerah, dengan beberapa usaha dan jangkaan pembangunan yang sedang dirancang di habnya, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Beliau berkata, syarikat penerbangan itu menjangkakan jumlah penumpangnya meningkat 25 peratus kepada 1.7 juta tahun ini.

Sasaran tersebut diletakkan setelah mengambil kira rasionalisasi pasaran dan pelan perluasan serentak Malindo Air yang termasuk penerimaan dua lagi pesawat dan pada masa sama mengekalkan faktor muatan purata 75 peratus, katanya.

Seiring dengan pertumbuhan pesat Malindo Air, beliau berkata, syarikat itu memperkenalkan Tambang Warga Emas Malindo, iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas akan layak mendapat potongan 20 peratus daripada tambang asal.

Pembelian boleh dibuat di Pejabat Jualan Tiket Lapangan Terbang dan outlet Jualan Malindo yang sah. – BERNAMA

Tags: Malindo Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malindo Air Perkenal Laluan Penerbangan Kota Bharu-Langkawi

05/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Malindo Air membuka tempahan untuk laluan penerbangan baharu Kota Bharu-Langkawi-Kota Bharu bermula 27 Januari ini. Malindo Air...

Malindo Air Gantung Penerbangan Ke Tianjin, Guangzhou

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan novel koronovirus 2019 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd