• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Benarkan Bedah Siasat Kedua Mayat Balamurugan

oleh AK-47
15/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan keluarga S. Balamurugan yang dilaporkan mati ketika dalam tahanan polis awal bulan ini, supaya bedah siasat kedua dijalankan ke atas mayat lelaki itu untuk mengenal pasti punca kematiannya.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin mengeluarkan perintah tersebut selepas membenarkan permohonan adik Balamurugan, Balraj, 34, yang diwakili peguam N.Surendran.

Balraj memfailkan notis usul bagi mendapat kebenaran untuk bedah siasat kedua dijalankan oleh pakar patologi Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) selepas tidak berpuas hati dengan hasil bedah siasat pertama dilakukan pakar patologi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Beliau antara lain turut memohon perintah supaya HTAR melepas dan menghantar mayat Balamurugan ke HKL selain memohon semua laporan perubatan serta dokumen berkenaan bedah siasat pertama dan kedua diserahkan kepada peguam dalam tempoh tidak melebihi dua bulan.

Dalam afidavit sokongannya, Balraj berkata, Balamurugan meninggal dunia antara 7 Feb dan 8 Feb lepas semasa berada dalam jagaan dan tanggungjawab pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.

Beliau berkata, keluarganya tidak dapat menerima keputusan pakar patologi yang menjalankan bedah siasat pertama di mana mereka dimaklumkan secara lisan bahawa kematian Balamurugan hanya disebabkan masalah jantung, walaupun pakar itu mengakui bahawa terdapat kesan-kesan lebam di merata tempat pada badan si mati.

Beliau berkata anggota keluarganya tidak mempunyai cara lain selain daripada mendapatkan perintah untuk menjalankan satu lagi bedah siasat ke atas mayat Balamurugan dalam usaha untuk mendapatkan kebenaran dan keadilan bagi mengenal pasti apa sebenarnya yang telah berlaku kepada si mati. – BERNAMA

Tags: Bedah Siasat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bedah Siasat Kedua Syamsul Haris Dikendali Tiga Pakar Forensik

Bedah Siasat Kedua Syamsul Haris Dikendali Tiga Pakar Forensik

30/08/2025
0

Kuala Lumpur: Tiga pakar dari Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) akan menjalankan autopsi ke atas jenazah pegawai kadet Pasukan Latihan...

Bedah Siasat Zara Qairina Dijangka Selesai Petang Ini

Bedah Siasat Zara Qairina Dijangka Selesai Petang Ini

10/08/2025
0

KOTA KINABALU: Proses bedah siasat jenazah Zara Qairina Mahathir, 13, dijangka selesai petang ini atau selewat-lewatnya malam ini. Peguam keluarga,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd