• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAHB Jamin Keselamatan Penumpang Di Klia2

oleh Ahmad Albab
24/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) komited untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dan pihak berkuasa lain berhubungan sebarang tindakan yang diperlukan dalam memastikan keselamatan pengguna lapangan terbang setelah berlaku kes pembunuhan seorang warga Korea Utara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2).

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata pihaknya telah berhubung dengan pihak berkaitan seperti Kementerian Kesihatan untuk menyelaras  sebarang langkah yang diperlukan.

“Keutamaan kita ialah sentiasa memastikan keselamatan penumpang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan hari ini bahan yang dipercayai digunakan untuk membunuh Kim Jong-nam pada 13 Feb lalu dikenal pasti sebagai ‘agen saraf VX’ yang disenarai sebagai senjata kimia.

Jong-nam berada di klia2 pada hari tersebut untuk menaiki pesawat ke Macau apabila dua wanita menyapu mukanya dengan tangan mereka yang mengandungi cecair beracun.

Jong-nam yang menggunakan pasport atas nama Kim Chol meminta pertolongan di kaunter khidmat pelanggan dan dia seterusnya dikejarkan ke Hospital Putrajaya, tetapi meninggal dalam perjalanan ke hospital.

MAHB berkata mereka juga telah memeriksa Klinik Menara di terminal klia2 dan mendapati tidak terdapat anomali kes perubatan yang dilapor di klinik itu sejak tarikh kejadian tersebut.

Ia berkata sebagai langkah berjaga-jaga, mereka telah menghantar staf kaunter yang mengendali mangsa untuk pemeriksan perubatan dan wanita berkenaan didapati dalam keadaan baik.

Malaysia Airports berkata Kementerian Kesihatan telah menasihatkan orang awam agar tidak bimbang kerana jika berlaku pendedahan bahan itu, mereka yang berkenaan akan segera menunjukkan tanda dan simptom dalan tempoh 18 jam selepas pendedahan.

Ia berkata proses mencuci turut dilakukan setiap hari termasuk pada bahagian lantai terminal klia2 sebanyak enam kali sehari.

“Selain itu, semua tandas turut dicuci setiap malam. Kita juga dimaklumkan petugas mencuci berada dalam keadaan baik,” katanya.

Badlisham berkata MAHB turut memaklumkan kepada pihak berkepentingan utamanya termasuk syarikat penerbangan mengenai sebarang perkembangan kes berkenaan. – BERNAMA

Tags: KLIA2MAHB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

25/06/2024
1

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang...

Inisiatif QRT Imigresen Tangani Kesesakan Kaunter Di KLIA Dan KLIA2

Inisiatif QRT Imigresen Tangani Kesesakan Kaunter Di KLIA Dan KLIA2

01/02/2023
0

SEPANG : Penugasan anggota Pasukan Tindakan Pantas (QRT) Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membantu mempercepatkan proses...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd