• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Main Budak Form 3 Ditahan Polis

oleh Ahmad Albab
13/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lelaki yang didakwa isterinya melakukan hubungan seks dengan pelajar tingkatan 3 di atas katil kelamin mereka ditahan polis semalam.

Penahanan dipercayai dibuat oleh pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Johor.

Perkara itu didedahkan isterinya, Nurul Hidayu di akaun Facebook miliknya.

“Tadi saya dipanggil untuk diambil statement,” katanya.

Lelaki Main Budak Form 3 Ditahan Polis

Menurut Hidayu, suaminya itu ditahan selepas ibu kepada teman wanitanya membuat laporan polis bahawa anaknya telah dirogol.

Dakwanya, suami dan teman wanitanya juga mengaku pernah melakukan hubungan seks di bilik tidur Hidayu.

Lelaki Main Budak Form 3 Ditahan Polis

Hidayu baru-baru ini memuat naik status meluahkan rasa kecewa dengan sikap suaminya yang sanggup melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur.

Selepas perkara itu menjadi tular di media sosial, lelaki tersebut bertindak menafikan hal itu dan mengatakan bahawa hubungannya bersama budak sekolah itu hanyalah ‘suka-suka’.

“Saya akui bercinta dengan dia. tapi hanyalah sekadar suka-suka selepas saya tertekan mengalami masalah rumah tangga,” kata suaminya ketika dihubungi Mynewshub baru-baru ini.

Ramai anggota masyarakat di negara ini kemudian meluahkan di media sosial bahawa lelaki berkenaan seharusnya disiasat kerana perbuatan seks dengan pasangan di bawah umur 16 tahun walaupun atas kerelaan ditafsir sebagai jenayah rogol statutori.

Jenayah rogol statutori termaktub dalam Seksyen 378 Kanun Keseksaan di mana pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Baca: Netizen Mahu Lelaki Ini Disiasat Rogol Bawah Umur

Pasangan berkenaan kini dalam proses perceraian secara rasmi di pejabat agama daerah mereka.

Pihak Mynewshub sedang mendapatkan pengesahan polis berhubung penahanan berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Lelaki Main Budak Form 3 Ditahan Polis
Gambar terkini Nurul Hidayu dan anaknya yang dimuat naik di akaun Facebook Nurul semalam.

TONTON VIDEO DI BAWAH

Tags: curangfacebooktingkatan tiga
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemimpin DAP Tidak Gembira Dengan Kit Siang, Guan Eng

Next Post

Polis Sedang Mengesan Pemilik Bot Karam

Related Posts

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

24/05/2024
0

Ketua pegawai eksekutif Capital A Bhd, Tony Fernandes membidas Facebook kerana membiarkan video palsu mengenainya menjadi tular. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Wanita Tikam Teman Lelaki Ketika Dipaksa Lakukan Seks Ada Rekod Dadah

Bella Akui Kesilapan Mahu Perhatian Aliff, Hubungan Dengan Muaz Berakhir Tahun Lepas

04/04/2024
1

Bukit Jelutong: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 30, berterus-terang bahawa isu dia menjalinkan hubungan dengan pelakon baharu, Muaz Zabir yang...

Next Post

Polis Sedang Mengesan Pemilik Bot Karam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd