• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lama Menyepi, Ana Raffali Kini Bergelar Guru

oleh AK-47
12/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUATU ketika, penyanyi Ana Raffali pernah berada di puncak populariti dalam industri seni hiburan selepas cipta sejarah tersendiri dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 menerusi lagu Tolong Ingatkan aku.

Pun begitu, setelah mendirikan rumah tangga, namanya seakan-akan sepi dalam industri hiburan. Oleh itu, timbul persoalan adakah Ana sudah menamatkan kerjaya nyanyiannya?

Lama Menyepi, Ana Raffali Kini Bergelar Guru

Tampil menjawab hal itu, Ana, 32, memberitahu, dia kini menjadi guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Cheras, Selangor, hampir setahun lalu.

Menurut Ana yang memiliki ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia menggunakan ilmu itu.

“Sekarang saya berehat daripada menulis lagu dan menyanyi kerana antara impian adalah untuk menjadi guru. Saya mendapat ijazah kelas pertama, jadi sayang jika tidak menggunakan ilmu yang dipelajari itu.

“Malah ibu bapa sangat berharap melihat saya menjadi pendidik. Bapa seorang saintis dan dia mahu lihat saya berjaya dalam dunia pendidikan.

“Sebenarnya nak kata saya berehat sepenuhnya daripada dunia seni tidak juga kerana ada cipta lagu dan lirik untuk syarikat korporat.

“Terbaru saya hasilkan lagu untuk Pelancongan Malaysia mempromosikan rumah inap desa atau ‘homestay’. Kali terakhir saya cipta lagu komersial pada 2013.

“Masih ada juga pihak yang menjemput saya membuat persembahan. Oleh kerana saya bergerak bebas tanpa terikat dengan mana-mana syarikat rakaman atau pengurusan, penganjur akan menghubungi saya terus.

“Saya juga seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah RPMB (Recording Performers Malaysia Berhad) yang memastikan setiap artis dan pemuzik dapat hak mereka dari segi royalti,” katanya kepada Harian Metro.

Lama Menyepi, Ana Raffali Kini Bergelar Guru

Sementara itu, Ana akui berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana atau doktor falsafah (PhD) suatu masa nanti.

Hasil perkahwinanya dengan Ahmad Aznaim, Ana dikurniakan seorang cahaya mata, Aaydeen berusia dua tahun.

Tags: Ana Raffali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ana Raffali Kini Bergelar Guru Bahasa Inggeris

05/03/2017
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali memberitahu dia kini bertugas sepenuh masa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd