• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Peserta Palestin Muncul Juara Arab Idol

oleh
26/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIRUT – Kemenangan peserta dari Palestin, Yaqoub Shaheen dalam pertandingan nyanyian realiti Mahboub el Arab atau Arab Idol disambut dengan penuh kegembiraan oleh rakyat negara tersebut.

Sebaik sahaja diumumkan secara rasmi sebagai pemenang musim keempat itu, Yaqoub menyampaikan lagu bertema patriotik, dengan bendera Palestin turut diletakkan di atas bahunya, menurut laporan media tempatan.

Antara lirik yang menyentuh perasaan ialah; “Sumpah dan janji saya, darah saya untuk Palestin“. Kemenangan beliau juga diraikan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang kebetulan berada di Lubnan untuk lawatan rasmi.

Pemimpin itu turut meraikan seorang lagi peserta akhir dari Palestin, Ameer Dandan dan peserta Yaman, Ammar Mohammed yang juga antara tiga finalis dalam satu majlis diadakan di kediaman rasmi Duta Palestin di sini.

Di wilayah Gaza dan Tebing Barat, ribuan penduduk memenuhi jalan raya dan restoran, untuk menyaksikan pertandingan itu secara langsung yang disiarkan oleh stesen antarabangsa LBC dari Lubnan melalui skrin besar.

“Ini hari bersejarah buat Palestin,” kata seorang penduduk, Mohammed Abu Ali. Pemandu-pemandu teksi pula membunyikan hon dan memainkan lagu dipersembahkan peserta sepanjang pertandingan tersebut berlangsung.

Program Arab Idol tahun ini menyaksikan model dan penyampai televisyen terkenal Lubnan, Annabella Samir Hilal menjadi pengacara manakala empat juri ialah selebriti Wael Kfoury, Ahlam, Hassan el Shafei dan Nancy Ajram.

Yaqoub merupakan rakyat Palestin kedua dinobatkan sebagai pemenang selepas Mohammed Assaf, pada tahun 2013. Program itu cukup popular di rantau Asia Barat, dengan formatnya berdasarkan kepada Pop Idol di Britain.

Turut disiarkan menerusi saluran antarabangsa MBC1 dari Dubai, dia bakal menerima kontrak rakaman bersama syarikat Platinum Records, selain menyertai nama besar arena hiburan Asia Barat dalam pelayaran Stars On Board.

Musim keempat Arab Idol berlangsung sejak 4 November tahun lalu dengan sesi uji bakat pula dijalankan di Lubnan, Bahrain, Kuwait, Algeria, Mesir, Maghribi, Palestin, Turki dan Iraq. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: PalestinYaqoub Shaheen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Agen Saraf VX Tak Pernah Ditemui Di Malaysia

Next Post

Seorang Maut, 12 Cedera Van Langgar Tiang Elektrik

Related Posts

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

14/05/2025
0

RIYADH – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan sokongan padu terhadap rakyat Gaza dan menyeru masyarakat antarabangsa agar menangani...

Malaysia Desak PBB Bertindak Hentikan Genosid Israel

Malaysia Desak PBB Bertindak Hentikan Genosid Israel

22/03/2025
0

SHAH ALAM – Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa bertindak tegas terhadap Israel bagi menghentikan...

Next Post

Seorang Maut, 12 Cedera Van Langgar Tiang Elektrik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd