• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koperal Polis Didakwa Samun Warga Indonesia

oleh Ahmad Albab
01/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan samun bersenjata terhadap seorang warga Indonesia dan melepaskan satu das tembakan.

Koperal Chan Weng Sin, 55, didakwa melakukan samun terhadap Fendy Choo, pekerja siber kafe dengan menyamun wang tunai berjumlah RM2,000 menggunakan pistol di dalam sebuah kedai di Taman Sri Petaling, Brickfields di sini pada 7.05 pagi, 16 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun, denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah melepaskan satu das tembakan menggunakan pistol sama tanpa apa-apa sebab yang munasabah di hadapan sebuah kedai di Sri Petaling, Brickfields di sini pukul 7.25 pagi, hari sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 43 akta sama, yang membawa hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh, bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Gerard Lazarus memohon supaya anak guamnya dibenarkan diikat jamin RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Hakim Datin M.Kunasundary membenarkan Chan diikat jamin RM8,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan tertuduh juga tidak dibenarkan berhubung atau mengganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan 24 Mac untuk sebutan kes. – BERNAMA

Tags: anggota poliskes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd