• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontrak Weigang Ketua Jurulatih Perak Ditamatkan

oleh AK-47
22/02/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kontrak Karl Heinz Weigang sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak Perak ditamatkan berkuatkuasa hari ini, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Beliau berkata keputusan tersebut dicapai setelah kedua-dua pihak mengadakan perbincangan panjang lebar dan meneliti pelbagai aspek serta cadangan.

“PAFA sangat menghormati dan menghargai Weigang yang telah memberi perkhidmatan dan sumbangan luar biasa kepada pasukan dan dinobatkan sebagai Jurulatih Legenda ‘The Bos Gaurus’,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berikutan itu, Abdul Puhat berkata bekas pemain pasukan Australia, Mehmet Durakovic dilantik sebagai ketua jurulatih Perak yang baharu berkuatkuasa hari ini selepas meneliti beberapa calon jurulatih tempatan dan asing.

Katanya Durakovic, 52, dari Australia dipilih berdasarkan rekod sebagai pemain dan jurulatih yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan serta kejurulatihan di negaranya.

Selain itu, Durakovic juga telah menjuarai pelbagai kejohanan seperti Piala Malaysia pada 1995, 1996 dan 1997 dan Piala FA pada 1995 semasa bersama pasukan Selangor sebagai pemain serta ketua pasukan.

“Semasa bersama Australia, beliau pernah menyertai pelbagai kejohanan termasuk kempen Piala Dunia 1990 dan 1994 sebagai ketua pasukan.

PAFA berharap perlantikan Durakovic dapat membentuk pasukan yang berkualiti dengan ilmu, pengalaman, sistem kejurulatihan dan taktikal tahap tertinggi bagi mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: jurulatihKarl Heinz WeigangPAFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Seksual: Polis Akan Panggil Saksi, Jurulatih ‘Dodgeball’

Gangguan Seksual: Polis Akan Panggil Saksi, Jurulatih ‘Dodgeball’

16/07/2023
0

PETALING JAYA: Polis akan memanggil semua pihak berkaitan termasuk jurulatih ‘dodgeball’ yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap beberapa murid sebuah...

Jurulatih ‘Miang Keladi’ Sah Letak Jawatan

Jurulatih ‘Miang Keladi’ Sah Letak Jawatan

02/04/2023
0

SHAH ALAM – Jurulatih berbasikal bukit (MTB) yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang atlet wanita di bawah kendaliannya disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd