• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontrak Mufti Ditamat Akibat Bantah Arahan LGE – PAS

oleh
02/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kemelut campur tangan DAP Pulau Pinang terhadap fatwa negeri itu kian panas apabila PAS mendakwa perkhidmatan mufti sebelum ini tidak disambung akibat isu tersebut.

Parti itu mendakwa kerajaan DAP negeri pernah mencampuri isu pelantikan mufti yang menyaksikan kontrak bekas penyandangnya, Datuk Seri Hassan Ahmad (gambar atas) tidak disambung lagi selepas tamat pada 2014.

Setiausaha Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden turut mendakwa tindakan biadap itu diambil kerana Hassan membantah arahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung penggunaan kalimah Allah.

Tokoh ulama terkenal di wilayah utara Semenanjung itu bertegas menyatakan penggunaan kalimah suci tersebut dalam kalangan bukan Islam bertentangan Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004.

“Agaknya mengapa Hassan, bekas mufti Pulau Pinang tidak disambung kontrak sebagai mufti sebelum ini? Adakah kerana isu fatwa kalimah Allah di Pulau Pinang? Kontrak mufti terletak di bawah bidang kuasa exco agama.

Baca: Ayat Fatwa ‘Teruk’ Punca Ditapis DAP P.Pinang?

Kontrak Mufti Ditamat Akibat Bantah Arahan LGE - PAS

“Khabarnya selepas isu fatwa kalimah Allah itu tercetus, Guan Eng dilaporkan meminta exco agama dari PKR untuk keluarkan arahan pelik supaya semua fatwa baharu mesti dimaklumkan terlebih dahulu dalam mesyuarat exco.

“Selepas diluluskan, barulah ia dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Hassan selaku mufti waktu itu membantah keras arahan baharu tersebut. Selepas itu, Hassan tidak lagi disambung kontraknya sebagai mufti.

“Beliau digantikan Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor, mufti sekarang. Sepatutnya dalam isu ini, exco agama Pulau Pinang yang jawab, bukan peralatkan mufti untuk jawab,” kata Afnan menerusi kenyataan di Facebook.

Hassan dilantik sebagai mufti Pulau Pinang pada 1997 ketika era Barisan Nasional memerintah dan disenangi ketua menteri terdahulu, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, namun kontrak beliau tiba-tiba tidak disambung pada Jun 2014.

Secara kebetulan enam bulan kemudian sekitar akhir 2014, Guan Eng berani mengeluarkan ‘fatwa’ sendiri sehingga dianggap pelik apabila membenarkan bukan Islam di Pulau Pinang bebas sesuka hati menggunakan kalimah Allah.

muftipenang
Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor

Katanya, larangan penggunaan kalimah Allah termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004 konon tidak terpakai lagi kepada bukan Muslim kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada umat Islam.

Kelmarin, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yussof menggemparkan umat Islam apabila secara terbuka  mendakwa fatwa negeri itu perlu diluluskan terlebih dahulu exco DAP sebelum dibawa ke Istana Negara.

Pendedahan berani itu memaksa Wan Salim menjawab konon prosedur itu hanya untuk memastikan susunan ayat dalam fatwa dikeluarkan di Pulau Pinang adalah betul sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau malah menyatakan bahawa fatwa tersebut selepas disemak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Komtar kemudian akan diteliti semula oleh Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri sebelum diwartakan secara rasmi.

Penjelasan aneh itu dikecam pelbagai pihak di Pulau Pinang yang menggambarkan seolah-olah ayat digunakan Jabatan Mufti negeri sebagai teruk sehingga terpaksa pula ditapis exco DAP sendiri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: DAPfatwaMuftiPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

24/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim tampil mempersoalkan sikap membisu golongan mufti dan ulama tempatan...

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd