• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Siang Anggap PAS Lancar Deklarasi Perang!

oleh AK-47
27/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP menganggap tindakan sekumpulan ahli PAS Selangor menaikkan poster mengutuk pemimpin Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di luar Pejabat Agung PAS di sini kelmarin merupakan satu deklarasi perang PAS ke atas pakatan pembangkang.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, tindakan ahli PAS terbabit menghantar memorandum mendesak PAS Pusat memutuskan kerjasama dengan parti yang bersekutu dengan DAP di Selangor pula merupakan sandiwara untuk menyebarkan berita palsu dan fitnah ke atas Pakatan Harapan dan PPBM.

“Suatu sandiwara penyebaran berita palsu dan fitnah telah berlangsung dalam penyampaian memorandum oleh akar umbi PAS kepada Ketua Penerangan PAS, Nasarudin Hassan yang meminta Jawatankuasa Pusat PAS memutuskan hubungan dengan mana-mana pihak yang mempunyai pertalian dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN), diiringi beberapa poster menyerang pimpinan Pakatan Harapan dan PPBM.

“Banner yang mahal dan berwarna-warni menyerang pemimpin Pakatan Harapan dan PPBM termasuk satu yang memaparkan wajah saya dan menyerang saya sebagai ‘Musuh Melayu/Islam (Rasis)’ dipamerkan di luar Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur bagi menyampaikan rasa tidak suka dan benci yang bersangatan terhadap pimpinan DAP, PAN dan PPBM seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan saya sendiri.

“Serangan terhadap DAP, PAN dan PPBM adalah suatu deklarasi perang oleh kepimpinan PAS terhadap DAP, Pakatan Harapan dan PPBM,” tegasnya dalam satu kenyataan semalam.

Kit Siang mendakwa, sandiwara deklarasi perang ke atas Pakatan Harapan dan PPBM oleh ahli PAS Selangor itu sebenarnya adalah hasil karya agung Ketua Penerangan PAS.

Beliau mendakwa kononnya akar umbi PAS Selangor sebenarnya sangat tidak berpuas hati dan sedang bergolak ekoran pendirian keras Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke atas Pakatan Harapan dan PPBM.

Kit Siang membuat dakwaan itu dengan memetik kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad minggu lalu walaupun Jawatankuasa Pusat PAS dan Majlis Syura memutuskan berpisah dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), exco kerajaan negeri, anggota GLC, ahli majlis dan ketua kampung dari PAS di Selangor tidak akan meletakkan jawatan sehinggalah keputusan dibuat dalam Muktamar PAS pada April nanti.

Beliau turut mengingatkan PAS Selangor berkemungkinan tewas kesemua 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang kerana pengundi termasuk bukan-Islam kecewa dengan hala tuju baru PAS berbaik-baik dengan UMNO.

PAS disingkirkan oleh DAP dan PKR daripada pakatan pembangkang dua tahun lalu kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam ke atas mereka.

DAP dan PKR kemudian menubuhkan Pakatan Harapan bersama PAN yang kononnya diwujudkan bagi menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang.

Pakatan Harapan seterusnya menandatangani perjanjian kerjasama dengan PPBM yang ditubuhkan oleh Mahathir semata-mata kerana berdendam dengan UMNO.

Mahathir marahkan UMNO kerana enggan memenuhi hasratnya supaya orang kanan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz masing-masing dilantik sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang baharu.

Pakatan Harapan dan PPBM sejak beberapa bulan lalu bagaimanapun cuba memujuk PAS untuk kembali bekerjasama selepas menyedari sokongan umat Islam ke atas mereka merosot tetapi ditolak PAS.

Berikutan itu, pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan dan PPBM mula melancarkan pelbagai dakyah, propaganda dan serangan persepsi ke atas PAS di media sosial bagi memburuk-burukkan parti itu seperti yang dilakukan mereka ke atas UMNO selama ini.

Hal tersebut mengundang tindak balas ahli PAS dengan menghantar memorandum kepada pucuk pimpinan parti itu di Ibu Pejabat PAS bagi mendesak PAS memutuskan terus kerjasama dengan PKR di Selangor.

Untuk rekod, PAS Selangor masih mengekalkan kerjasama longgar dengan PKR hanya diperingkat negeri itu bagi mengekalkan jawatan pemimpinnya dalam kerajaan Selangor. -MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPLim Kit SiangPASPPBM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Memalukan… Bila Penyampai Oscar Silap Umum Pemenang

Next Post

5 Kanak-Kanak Terselamat Rumah Musnah Terbakar

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

Next Post

5 Kanak-Kanak Terselamat Rumah Musnah Terbakar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd