• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khidmat Tren Tanpa Henti Sempena Thaipusam Mulai Rabu

oleh Ahmad Albab
06/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan tren KTM Komuter tanpa henti selama tiga hari dua malam bermula Rabu ini bersempena sambutan Thaipusam.

Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter KTM, Khair Johari Ishak berkata perkhidmatan itu melibatkan 623 perkhidmatan komuter tambahan terus dari laluan Pelabuhan Klang, Rawang, Seremban ke stesen Batu Caves bagi memberi kemudahan pengangkutan kepada orang ramai khususnya penganut agama Hindu serta pelancong ke Batu Caves.

“Waktu operasi tren akan dilanjutkan dengan penyediaan tren tambahan antara pukul 12 tengah malam hingga 5.30 pagi,” katanya pada sidang media di Stesen KTM Komuter Batu Caves di sini hari ini.

Khair Johari berkata KTM turut memberi diskaun sehingga 20 peratus untuk pembelian tiket dewasa bagi perjalanan dua hala ke stesen Batu Caves dalam menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan tersebut.

“Dengan perkhidmatan khas kali ini, kami menjangkakan pengguna Komuter bertambah lebih 500,000 penumpang menerusi penambahbaikan perkhidmatan Komuter dan kerjasama integrasi dengan RapidKL,” katanya.

Katanya bagi memastikan kelancaran operasi dan keselamatan penumpang, pihaknya turut menugaskan seramai 500 kakitangan sepanjang tempoh tersebut. – BERNAMA

Tags: KTMBThaipusam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd