• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perak Saring Bakal Penerima Pingat

oleh Ahmad Albab
15/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata sememangnya menjadi amalan kerajaan negeri melakukan proses saringan terhadap bakal penerima pingat dan darjah kebesaran negeri Perak bagi memastikan mereka bebas kegiatan rasuah dan jenayah.

Beliau berkata langkah itu juga bagi menentukan calon yang hendak dicadangkan atau yang telah dinamakan betul-betul layak menerima pingat dan darjah kebesaran.

“Calon-calon ini akan melalui beberapa saringan iaitu saringan dengan polis bagi memastikan mereka tidak terlibat dengan kegiatan jenayah, kongsi gelap dan sebagainya dan kedua mengenal pasti kedudukan mereka bankrap atau tidak.

“Sementara saringan ketiga, mengenal pasti sama ada (calon) terlibat dengan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan SPRM semalam yang sedia mengkaji keperluan menyaring bakal penerima gelaran darjah kebesaran di negara ini bagi memastikan hanya individu yang berkelayakan sahaja dikurniakan anugerah itu.

Menurut Zambry, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sememangnya bertegas dan begitu prihatin akan senarai nama yang dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran.

“Kita lihat di Perak tidak ramai yang menerimanya (pingat dan darjah kebesaran) kerana tuanku (Sultan Nazrin) menitahkan mereka yang benar-benar layak sahaja wajar diberikan pingat-pingat ini”.

Ditanya sama ada kerajaan negeri menarik balik pingat dan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada individu sekiranya terlibat dalam kegiatan rasuah dan jenayah, Zambry berkata: “Ya, sekiranya berlaku seperti itu, maka Sultan Nazrin Shah menitahkan untuk tarik balik.

“Ini bagi memastikan penerima pingat dan darjah kebesaran yang diterima dari negeri ini betul-betul layak dan tidak terlibat dengan sebarang kegiatan yang melanggar undang-undang negara,” katanya.

Beberapa penerima darjah kebesaran membawa gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ dikatakan terbabit dalam kegiatan kongsi gelap baru-baru ini.

Pada 8 Februari lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh mendedahkan seorang ‘Datuk Seri’ dan lima ‘Datuk’ antara 114 anggota beberapa kumpulan kongsi gelap yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam Ops Cantas sejak 2015. – BERNAMA

Tags: Zambry Abdul Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

Zambry Dilantik Setiausaha Agung BN Baharu

09/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd