• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kelantan Galak Suami Berpoligami

oleh Ahmad Albab
05/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan PAS Kelantan menggalakkan suami yang memenuhi syarat mengikut tuntutan Islam untuk berpoligami.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md. Nawi, berkata bagi mereka yang tidak memenuhi syarat berpoligami, memadai seorang isteri bagi mengelakkan timbul masalah dalam keluarga.

Beliau berkata, dalam Islam matlamat perkahwinan itu untuk melahirkan zuriat yang berkualiti.

“Di Kelantan kita galakkan berkahwin sama ada perkahwinan itu yang pertama atau kedua bagi yang layak.

“Mereka yang memenuhi syarat (berpoligami) penting luahkan (keinginan) di Mahkamah Syariah dan jangan buat tindakan kahwin di luar negara, tidak mengikuti adab atau saluran yang betul.

“(Ini kerana) daripada perkahwinan akan ada zuriat. Jadi, kita tidak mahu anak atau isteri dinafikan hak mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Orang Kelainan Upaya (OKU) Maqarrabun negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Balai Islam di sini.

Mumtaz berkata, sebagai galakan sebelum berpoligami, kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri mengadakan kuliah atau program penerangan pendidikan rumah tangga.

“Dalam hal ini, kita adakan kuliah termasuk motivasi dalam perkahwinan, dasar keluarga mawaddah dan galakan untuk berpoligami bukan dalam bentuk duit tapi memberi ilmu.

“Kalau kamu (suami) tak boleh berlaku adil kahwin satu saja dan kalau (mahu berpoligami) sebagai tempat untuk memuaskan nafsu, itu bukan sasarannya,” katanya. – BH Online

Tags: Kelantanpoligami
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd