• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Nureen Ain Berhasrat Saman Pihak Berkenaan

oleh Ahmad Albab
05/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Datuk kepada Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10, yang mati lemas di kolam bekas lombong bauksit dekat sini petang semalam, berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menjalankan aktiviti perlombongan bauksit di situ.

Aidil Omar, 78, berkata pihak terbabit sepatutnya mementingkan aspek keselamatan dengan mengambil langkah menimbus semula kawasan lombong yang dikorek supaya tidak terbiar begitu sahaja sehingga boleh meragut nyawa orang lain.

“Saya hendak saman pihak (jalankan perlombongan) bauksit ini… saya sangat sedih sebab dia cucu yang sangat rapat dengan saya, boleh dikatakan setiap hari Nureen Ain akan datang bermain di rumah saya.

“Pihak berkaitan kena pandang seriuslah benda ini sebab mereka korek bauksit di kawasan yang dekat dengan rumah penduduk, selepas ini saya akan minta bantuan nasihat cara yang perlu saya buat untuk teruskan saman ini,” katanya.

Beliau berkata demikain kepada pemberita ketika ditemui selepas urusan pengebumian jenazah Nureen Ain di Tanah Perkuburan Islam Sungai Karang Darat, dekat sini, hari ini.

Aidil yang juga pesara tentera itu berkata tindakan itu bagi memberikan pengajaran kepada mereka yang mengaut keuntungan dengan cara mudah, namun dalam masa yang membahayakan keselamatan penduduk.

Beliau dalam masa yang sama turut merayu kepada pihak kerajaan negeri supaya mengambil tindakan segera menimbus semula kolam bekas lombong bauksit yang terbiar di sekitar daerah ini dan memagar kawasan berkenaan untuk menghalang kanak-kanak bermain di situ.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, Nureen Ain bersama dua rakannya yang merupakan adik-beradik Salsabila Zuhairi, 12, dan Mahathir Mohamad, 7, ditemukan mati lemas di kolam bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya di Beserah. – BERNAMA

Tags: bauksitsaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd