• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Rehat Pemain Utama Hadapi Selangor

oleh AK-47
24/02/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kelantan akan merehatkan beberapa pemain utamanya menjelang pertemuan menentang Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV malam esok.

Ketua Jurulatihnya, Zahasmi Ismail berkata ia berikutan kebanyakan daripada kesebelasan utama Kelantan seperti Mohd Badri Mohd Radzi, Indra Putra Mahyuddin dan Nor Farhan Muhammad telah bermain dalam empat perlawanan berturut-turut dalam tempoh dua minggu.

“Saya terpaksa menggilirkan pemain-pemain berkenaan bagi mengelakkan mereka letih kerana kita mempunyai jadual padat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Walaupun Kelantan tidak menurunkan pemain berbisa mereka dalam perlawanan malam esok, Zahasmi yakin skuad The Red Warriors akan tetap memberi persembahan memuaskan sekali gus mencipta kemenangan di laman sendiri.

“Saya tahu keyakinan penyokong mula terhakis terutama selepas kalah dua perlawanan berturut-turut di tempat sendiri dan hanya kemenangan akan dapat mengembalikan sokongan penyokong kepada kami.

“Justeru, The Red Warriors perlu bangkit pada perlawanan malam esok walaupun kita berdepan antara pasukan terbaik Liga Super musim ini,” katanya.

Kelantan kini berada pada kedudukan ke lapan Liga Super dengan memperoleh enam mata selepas empat perlawanan iaitu dua menang dan dua seri. – BERNAMA

Tags: KelantanTRWZahasmi Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd