• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keharmonian, Perpaduan Perlu Dalam Masyarakat

oleh Ahmad Albab
09/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kepelbagaian agama, budaya dan perayaan yang disambut masyarakat tempatan adalah kelebihan dan kekuatan yang mengukuhkan perpaduan rakyat negara ini.

Beliau menegaskan bahawa perpaduan dan keharmonian bukan sekadar luahan retorik kata-kata sahaja dan ia sebaliknya perlu diterjemah dengan penuh keikhlasan tanpa sebarang prejudis atau persepsi negatif dalam kalangan rakyat.

Berucap pada sambutan Thaipusam di Batu Caves di sini hari ini, beliau berkata perbezaan agama tidak harus menjurus kepada sebarang bentuk kekacauan.

“Negara kita terbentuk atas latar belakang (penduduk) yang berbeza, dan kepelbagaian ini harus kita perkukuhkan,” kata timbalan perdana menteri.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata sambutan Thaipusam di negara ini wajar dipromosi sebagai produk pelancongan bagi menarik kedatangan pelancong terutama dari India dan penganut Hindu dari seluruh dunia.

Katanya, Thaipusam bukan hanya satu perayaan yang harus dihormati tetapi ia juga telah menarik sekitar 1.5 juta penganut Hindu dan pelancong ke kuil di Batu Caves tahun ini.

“Saya harap Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan promosi di seluruh dunia terhadap apa (acara) yang kita lakukan pada hari ini di sini,” kata Ahmad Zahid.

Dari pihak kerajaan, katanya, kabinet telah memutuskan supaya warga India yang bekerja di luar negara diberi pengecualian visa untuk melancong ke Malaysia.

Katanya, ia turut melibatkan sekitar 500,000 rakyat negara itu yang bekerja di Qatar yang boleh memanfaatkan peluang itu untuk mengunjungi Malaysia.

Ahmad Zahid berkata dengan kemudahan ini, diharap lebih ramai warga India dan penganut Hindu akan datang ke negara ini dan mengunjungi Batu Caves terutama pada perayaan Thaipusam.

Beliau seterusnya berkata usaha menarik lebih ramai pengunjung ke Batu Caves bukan hanya terletak di bahu Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan semata-mata kerana ia melibatkan semua pihak termasuk pengurusan kuil Batu Caves.

“Semua pengunjung yang datang ke sini boleh membantu mempromosikan sambutan Thaipusam di sini sebagai produk pelancongan,” katanya.

Turut hadir sewaktu kunjungan Ahmad Zahid itu ialah Presiden MIC yang juga Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk S.A. Vigneswaran, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S.K. Devamany dan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan. – BERNAMA

Tags: ThaipusamZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd