• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kecik-Kecik Dah Tunjuk Perangai Mencuri”

oleh AK-47
13/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Aksi sekumpulan remaja yang dirakam cuba memecahkan mesin tukar wang di sebuah kedai dobi 24 jam di Bercam Raya, di sini, menjadi tular di laman sosial.

Menurut pemilik dobi berkenaan, Azhar Fazin, kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi Ahad ketika ketiadaan pelanggan yang menggunakan kedai dobi layan diri itu.

“Anak siapa ni…….Dobi Bercam Raya,” tulis Azhar yang turut memuat naik gambar kelima-lima suspek.

"Kecik-Kecik Dah Tunjuk Perangai Mencuri"

Berdasarkan gambar, salah seorang suspek menendang dan merosakkan mesin pertukaran wang bagi mendapatkan wang di dalamnya.

Manakala seorang lagi pula dilihat seakan sedang ‘menunggu’ wang daripada mesin basuh pakaian.

"Kecik-Kecik Dah Tunjuk Perangai Mencuri"

"Kecik-Kecik Dah Tunjuk Perangai Mencuri"

Seorang netizen, Noor Fazliyanty memberitahu kumpulan remaja berkenaan memang sering berkeliaran di kawasan terbabit terutamanya pada hari Sabtu dan Ahad, namun dia takut untuk menegur kerana takut diapa-apakan.

“Selalu jumpa bebudak ni dekat kawasan dobi, suka buat ‘kepala’ macam mak apak diorang punya dobi…nak tegur takut diorang serang saya pulak,” kata Noor Fazliyanty.

Dalam pada itu, seorang kenalan kepada Azhar menegaskan mereka mahu ibu bapa kepada kesemua suspek datang berjumpa dengan mereka dan meminta maaf di atas tindakan anak-anak mereka.

Jika gagal berbuat demikian, pihaknya akan viralkan di media sosial dan gambar kesemua suspek akan dilekatkan di semua kedai dobi.

“Bagitau budak-budak ni bawak mak bapak mai jumpa kami mintak maaf…kalau tak kami viralkan dan print gambar ke merata dobi,” tulis Aliah Lia. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kanak-kanakmasalah moral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd