• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kakitangan Sokongan DBKL Banyak Berhutang

oleh Ahmad Albab
14/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ramai kakitangan sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang dibebani dengan masalah hutang.

Oleh itu Kementerian Wilayah Persekutuan berhasrat untuk membantu mereka mengatasi masalah tersebut, katanya.

“Ini termasuk membantu mereka melanjutkan tempoh pembayaran dan mengurangkankadar faedah pembayaran bulanan mereka. Kami turut mencadangkan kepada DBKL untuk membantu mereka menyelesaikan hutang-hutang mereka terlebih dahulu dan membuat potongan gaji mereka kemudiannya.

“Namun mekanisme itu masih dalam kajian dan belum diputuskan lagi,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Bulanan DBKL di sini hari ini.

Beliau berkata akibat berhutang, terdapat kakitangan sokongan yang gaji bulanannya mereka hanya tinggal RM50 setelah ditolak hutang yang perlu mereka langsai.

Kakitangan golongan itu merupakan antara lebih 1,200 kakitangan DBKL yang mempunyai kadar hutang bulanan yang tinggi, kata Tengku Adnan.

“Sehinggakan gaji bersih bulanan pun tingggal terlalu sedikit dan tidak mampu menampung kehidupan bulanan mereka.

“Terdapat juga kakitangan sokongan yang dikesan menipu dan mengubah suai slip gaji mereka bagi mendapatkan kelayakan pinjaman yang tinggi. Ada yang membuat pinjaman yang banyak, hampir menyamai kadar pendapatan bulanan mereka,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ku Nan Didakwa Semula Selepas Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Kedua

12/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan...

Rasuah: Tengku Adnan Mengaku Tidak Bersalah

15/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd