• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadir Mula Takut Skandal Lama Tun M Dibuka Semula?

oleh
07/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TULISAN A. Kadir Jasin bertajuk “Berjaga-jaga ungkit perkara lama” membayangkan sikap defensif dan ketakutannya apabila skandal BMF dan forex melibatkan ‘bos’nya diungkit dan didedahkan semula.

Dalam tulisannya, Kadir mengakui bahawa dia merupakan antara wartawan yang paling awal melaporkan ‘laporan palsu’ dan tersasar berkaitan BMF, mungkin kerana kenaifannya mempercayai kenyataan seorang pegawai Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) atau mungkin juga kerana mahu melindungi ‘bos’nya.

Kadir juga cuba mengaitkan kes BMF dengan Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tengku Razaleigh Hamzah. Namun Kadir lupa bahawa laporan CIA yang didedahkan sama sekali tidak menyebut bahawa kes BMF mempunyai kaitan dengan Tun Hussein dan Ku Li, sebaliknya tanpa sebarang kesipuan dan secara jelas menyebut bahawa ia mempunyai kaitan dengan Mahathir.

Laporan CIA menyebut Mahathir secara jelas mungkin kerana dari segi fakta, penyaluran wang pinjaman ke Kumpulan Carrian dan George Tan terus berlaku setelah Mahathir jadi Perdana Menteri pada tahun 1982 sehinggalah Jalil Ibrahim dibunuh pada tahun 1983.

Banyak “cover up” berlaku selepas pembunuhan Jalil dan tiada siasatan secara telus dibuat ke atas BMF sehingga CIA melaporkan dalam laporannya bahawa terdapat kemungkinan pegawai-pegawai BBMB yang dipenjarakan telah di’kambing hitam’kan.

Dalam skandal BMF, allahyarham Jalil dihantar ke Hong Kong kerana terdapat kecelaruan audit. Jalil dibunuh supaya pinjaman yang besar kepada pihak luar dapat diluluskan dengan segera. Perdana Menteri ketika itu adalah Mahathir.

Dalam skandal BMF, siasatan tidak dijalankan secara terbuka dan telus, sedangkan dalam kes 1MDB, audit forensik dilakukan oleh Jabatan Audit Negara dan laporan ini telah diteliti secara lebih mendalam pula oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai Ahli Parlimen pembangkang.

Paling penting, tiada ‘bail-out‘ untuk menyelamatkan 1MDB. Sebaliknya dalam skandal BMF, menurut laporan CIA, nilai yang lesap akibat pinjaman BMF kepada Kumpulan Carrian adalah sebanyak RM2.255 bilion dan jumlah ‘bail-out’ menggunakan wang Petronas, adalah sebanyak RM2.188 bilion, iaitu RM933 juta untuk membeli saham BBMB dan RM1.255 bilion untuk mengambil alih hutang bermasalah BBMB.

Keseluruhan jumlah wang yang ‘lesap’ adalah RM2.255 (pinjaman kepada Kumpulan Carrian) + RM2.188 (‘bail-out’ BBMB) = RM4.443 bilion (mungkin sekitar RM17.8 bilion nilai wang semasa).

SKANDAL FOREX

Berkaitan skandal forex Bank Negara Malaysia (BNM), Kadir berbohong apabila mengatakan bahawa penglibatan BNM dalam forex adalah untuk mempertahankan nilai ringgit. Hakikatnya, BNM telah menceburkan diri dalam kegiatan spekulasi mata wang dengan menggunakan rizab wang bank untuk membuat keuntungan.

Isyarat bahawa BNM akan berspekulasi di pasaran pertukaran wang asing disebut di dalam satu syarahan yang disampaikan oleh Gabenor BNM ketika itu, Tan Sri Jaafar Hussein di New Delhi, India pada tahun 1989 yang menyebut bahawa beliau telah menambahkan dimensi ketiga dan keempat kepada pengurusan rizab BNM.

Ini iaitu, mengoptimumkan keuntungan dan membangunkan kemahiran berurus niaga di dalam pasaran wang asing, sedangkan sebelum itu, teras utama pengurusan rizab adalah untuk menjaga dan melindungi nilai ringgit dan mengekalkan kecairannya di dalam pasaran.

Terdapat juga laporan media ketika itu yang menyebut, pada tahap kemuncaknya, BN pernah berspekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing sehingga RM270 bilion (AS$90-100 bilion). Pedagang-pedagang mata wang asing BNM amat agresif dan digelar sebagai “market bully”.

Penglibatan BNM di dalam perjudian pasaran pertukaran wang asing ini telah dikesan oleh bank pusat Amerika dan Gabenornya ketika itu, Alan Greenspan telah menegur dan menggesa BNM agar menghentikan segera perbuatan itu. Kenapa Kadir menyembunyikan cerita ini?

BNM telah mengakui bahawa akibat penglibatannya dalam kegiatan spekulasi matawang ini, kerugian yang direkodkan adalah sebanyak AS$10 bilion atau RM44 bilion nilai semasa.

Sama seperti skandal BMF, kerugian RM44 bilion ini dalam spekulasi forex ini juga tidak disiasat secara telus dan tidak dibentangkan kepada PAC seperti dalam kes 1MDB.

Dalam skandal BMF sebanyak RM2.255 bilion benar-benar lesap dan RM2.188 bilion ‘lesap’ dalam konteks wang yang digunakan sebagai ‘bail-out’, manakala dalam skandal forex BNM, RM44 bilion benar-benar lesap.

Mengambil kira jumlah wang yang hilang dan yang ‘lesap’ kerana digunakan untuk ‘bail-out’ skandal BMF dan forex ketika pemerintahan Mahathir, iaitu RM61.8 bilion (RM4.44 bilion (skandal BMF) (nilai semasa RM17.8 bilion ) + RM44 bilion (skandal forex)), tidakkah wajar siasatan yang telus dilakukan?

Terutamanya apabila skandal-skandal inilah yang telah menjadi punca krisis kewangan tahun 1997-1999 iaitu krisis ekonomi paling buruk dalam sejarah Malaysia yang telah menyebabkan beratus-ratus ribu rakyat hilang pekerjaan dan ramai menjadi papa kedana kerananya?

Apa masalahnya sehingga Kadir terlalu takut dan kelam kabut jika “perkara lama” ini disiasat oleh Suruhanjaya Diraja?

Tulisan asal bertajuk KADIR DEFENSIF, TAKUT APABILA SKANDAL BMF, FOREX MELIBATKAN TUN M DIBUKA SEMULA oleh TUN FAISAL ISMAIL⁠⁠⁠⁠.

Tags: BMFBNMforex
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Perogol Bersiri Diharam Masuk Ke Sabah

Next Post

Bekas Perogol Bersiri Kanada Kini Ada Di Malaysia

Related Posts

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus

BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus

05/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada...

Next Post

Bekas Perogol Bersiri Kanada Kini Ada Di Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd