• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jual Kek Mufin Sunnah Taktik Lariskan Produk

oleh AK-47
06/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELBAGAI taktik yang digunakan peniaga bagi melariskan produk mereka dan kali ini melibatkan penggunaan istilah hadis atau sunnah yang dilihat boleh mengelirukan masyarakat Islam negara ini.

Harian Metro melaporkan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, peniaga kini semakin berani menggunakan agama bagi melariskan produk mereka tanpa merujuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Sebagai contoh, baru-baru ini saya menerima ‘tweet’ yang mengatakan ada rancangan televisyen memaparkan pengiklanan atau promosi mengenai makanan sunnah terbaru di pasaran iaitu ‘mufin sunnah’ yang kononnya makanan itu pernah wujud ketika zaman Rasulullah.

“Perkara seperti ini perlu dibendung bagi mengelakkan kecelaruan umat Islam yang mudah terkeliru dalam menentukan kesahihan sesuatu hadis,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Menurutnya, masyarakat perlu bijak dalam menilai dan tidak membiarkan golongan peniaga mengambil kesempatan dengan memanipulasi pemikiran mereka.

Jelasnya, JAKIM akan melakukan pemantauan dan meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan perkara yang disebarkan.

Berita mengenai penjualan kek muffin sunnah ini menjadi bualan di laman sosial dan rata-rata netizen mengkritik tindakan peniaga yang hanya mengambil kesempatan dan menggunakan nama agama Islam semata-mata untuk melariskan produk mereka.

Ada netizen menjelaskan perbuatan tersebut adalah berdosa dan kebanyakan peniaga ini sering menipu pelanggan dengan menggunakan nama agama.

“Mempergunakan agama untuk mengaut keuntungan, segala-galanya nak disunnahkan,” tulis Khairul Azam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kekMakanan SunnahmufinSunnah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Varian Pirola Dijangka Melonjak Seminggu Lagi

Tiada Larangan Tulis Ucapan Krismas Di Kek – JAKIM

17/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan tiada larangan dikenakan ke atas pemegang sijil halal menulis ucapan perayaan pada...

Kecewa Kek Ditempah Tema Gajah Dapat Anak Anjing

Kecewa Kek Ditempah Tema Gajah Dapat Anak Anjing

19/07/2023
0

PETALING JAYA — Seorang wanita meluahkan kekecewaan di media sosial apabila kek yang ditempah rakannya dengan seorang peniaga tidak seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd