• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Pertanian Basmi Kera Pemusnah Tanaman

oleh AK-47
13/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Jabatan Pertanian daerah Padang Terap menganjurkan Program Kawalan Bersepadu Tanaman (Kera) bagi membasmi kehadiran kumpulan kera yang merosakkan tanaman akhir-akhir ini.

Pegawai Pertaniannya, Yuzaidi Azmi berkata program bersepadu antara Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia itu melibatkan 16 anggota dan tertumpu di Kampung Bukit Tembaga dan Kampung Kuala Pai.

Katanya seluas 330 hektar daripada 33,000 hektar kawasan pertanian di daerah itu diganggu kumpulan kera berkenaan terutama di kebun pisang, betik dan dusun buah-buahan.

“Kita terbahagi kepada tiga kumpulan dan kawasan ini menjadi tumpuan pada kali ini kerana kerap kali kami menerima aduan tentang haiwan perosak berkenaan yang merosak dan memakan tanaman,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Selain merosakkan tanaman, kumpulan kera di sini semakin berani menceroboh masuk ke kawasan penempatan untuk mencari makanan sehingga mengganggu ketenteraman penduduk di situ.

“Setakat ini saya difahamkan, lima kes serangan terhadap manusia dilaporkan di daerah ini termasuk seorang penoreh getah yang diserang lotong di Kampung Kubang Palas di sini, baru-baru ini.

“Sebelum ini Perhilitan pernah memasang perangkap di kawasan yang dikenal pasti, namun ia kurang berkesan hingga memaksa tindakan akhir diambil bagi mengelak lebih banyak kawasan pertanian terjejas,” katanya.

Noridah Khamis, 59, dari Kampung Bukit Tembaga berkata, operasi ini melegakan beliau dan keluarga kerana sebelum ini mereka sering diganggu kumpulan haiwan itu sejak setahun lalu.

“Gangguan berlaku ketika waktu pagi di mana kera ini keluar mencari telur ayam dan itik peliharaan saya dan setiap hari tidak kurang 15 biji telur hilang dimakan, malah jika tiada telur, ia makan pucuk pisang dan merosakkan tanaman saya pula,” katanya.

Lebih 50 ekor kera yang sebelum ini menjadi musuh tanaman dan memberi ancaman kepada penduduk, ditembak dalam operasi yang bermula sekitar 11.30 pagi. – BERNAMA

Tags: Jabatan Pertanian Padang TerapPerhilitanRELA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kesinambungan Kerajaan Penting Untuk Pembangunan

Next Post

Tragedi MH370 Tidak Jejas Kedatangan Pelancong China

Related Posts

Lebih 2,300 Insiden Haiwan Liar Mati Dilanggar Dalam Tempoh 4 Tahun – PERHILITAN

Lebih 2,300 Insiden Haiwan Liar Mati Dilanggar Dalam Tempoh 4 Tahun – PERHILITAN

12/08/2025
0

PUTRAJAYA: Lebih 2,300 insiden haiwan liar mati dilanggar kenderaan atau roadkill direkodkan di negara ini bagi tempoh 2020 hingga 2024,...

Kejadian Lepaskan 3 Ekor Ular Sawa Di Putra Heights, Disiasat Jabatan Perhilitan

Kejadian Lepaskan 3 Ekor Ular Sawa Di Putra Heights, Disiasat Jabatan Perhilitan

11/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai tindakan tiga individu yang dikesan melepaskan tiga ekor ular sawa di kawasan longkang...

Next Post

Tragedi MH370 Tidak Jejas Kedatangan Pelancong China

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd