• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ismma Tawar Terapi Seni, Bantu Murid Istimewa

oleh AK-47
16/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) menawarkan terapi seni secara percuma bagi membantu murid program pendidikan khas integrasi di sekolah-sekolah di negeri ini.

Pengurus Besar ISMMA, Mohd Nasruddin Rahmat berkata terapi seni yang dikenali sebagai Program Gerak Kreatif Cergas Minda itu melibatkan pembelajaran asas seni tari dan juga seni muzik bagi membantu mereka meningkatkan kemahiran diri dalam seni juga perkara asas.

“Objektif program ini adalah untuk mendidik pelajar istimewa melalui seni tari dan gerak kreatif.

“Ada antara pelajar khas yang datang ke sini sebelum ini tidak dapat membezakan antara tangan kanan dan tangan kiri.

“Alhamdulillah setelah mengikuti pembelajaran asas seni tarian zapin, mereka menunjukkan kemajuan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Nasruddin berkata murid pendidikan khas yang mengikuti program itu didedahkan dengan teknik asas tarian zapin, bermain gendang, bermain gong dan banyak lagi.

“Kita menyediakan seramai 12 orang jurulatih yang terdiri daripada enam jurulatih tarian dan enam jurulatih muzik bagi menjayakan program ini,” katanya

Beliau berkata sehingga kini seramai 80 orang murid pendidikan khas daripada 12 buah sekolah rendah dan sekolah menengah sekitar Melaka terlibat dalam program itu dan sambutan yang diterima daripada pihak sekolah dan juga ibu bapa amat menggalakkan.

Beliau berkata program itu diadakan setiap hari Selasa dari pukul 8.30 pagi hingga 1 tengah hari bermula 7 Febuari. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Sarawak Tahan 10 Pemilik Akaun FB Kerana Catatan Palsu Tahun Ini

Next Post

2 Suspek Kematian Warga Korea Utara Direman 7 Hari

Related Posts

Lima Remaja Terbabit Kes Buli Zara Qairina Didakwa Rabu Ini

Lima Remaja Terbabit Kes Buli Zara Qairina Didakwa Rabu Ini

18/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai lima remaja bawah umur akan dituduh di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah, pada Rabu ini, berhubung kes...

Indonesia Gugurkan Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Sempena Hari Kemerdekaan

Indonesia Gugurkan Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Sempena Hari Kemerdekaan

18/08/2025
0

JAKARTA: Tentera Nasional Indonesia (TNI) berjaya melaksanakan penghantaran bantuan kemanusiaan melalui guguran udara untuk rakyat Palestin di Semenanjung Gaza pada...

Next Post

2 Suspek Kematian Warga Korea Utara Direman 7 Hari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd