• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Industri Getah Bukan Industri Malap – Siew Keong

oleh AK-47
20/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Industri getah Malaysia bukan industri yang malap susulan permintaan bagi produk getah dengan kejuruteraan bernilai tinggi dari pelbagai negara, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata Malaysia mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan produk getah dengan kejuruteraan bernilai tinggi yang digunakan terutamanya dalam bidang kejuruteraan gempa bumi dan getaran.

Mah berkata pengeluar Malaysia telah membekalkan galas getah seismik ke negara-negara yang mempunyai aktiviti seismik yang tinggi seperti New Zealand, Iran, Indonesia, Turki dan China.

“Produk getah kita bertaraf dunia. Oleh itu, industri getah sudah tentu bukan industri yang malap,” katanya kepada pemberita selepas melawat kilang Doshin Rubber Products (M) Sdn Bhd di sini hari ini.

Mah berkata produk hiliran getah di Malaysia akan menjadi sebahagian daripada Transformasi Nasional 2050 ke arah mengeluarkan produk dengan nilai tambah yang tinggi dan berteknologi tinggi.

Beliau turut memuji Doshin, antara pengeluar produk getah terbesar bagi tujuan kejuruteraan, yang bukan sahaja mengeluarkan galas berstruktur, tetapi juga menjadi penggiat utama dalam industri penebat getaran dan perlindungan daripada gempa bumi.

Mah berkata eksport galas berstruktur, yang dikategorikan sebagai produk teknikal dalam sektor barangan getah industri dan am, mencatat peningkatan yang ketara dalam beberapa tahun ini.

Beliau berkata eksport galas berstruktur Malaysia meningkat sebanyak 36.2 peratus kepada RM14.14 juta pada 2016 berbanding RM10.38 juta pada 2015. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mah Siew Keong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gerakan Akan Dipimpin Muka Baharu – Mah

07/10/2018
0

IPOH - Pemilihan pada Persidangan Perwakilan Kebangsaan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang akan berlangsung pada 17 Nov depan akan...

Mah Siew Keong Umum Letak Jawatan Presiden Gerakan

16/09/2018
0

SEREMBAN - Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini mengumumkan secara rasmi perletakan jawatannya sebagai presiden Gerakan. Mah berkata ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd