• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Himpunan 355 Tindak Balas Umat Islam Ke Atas DAP!

oleh Ahmad Albab
13/02/2017
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Himpunan 355 di ibu negara pada 18 Februari ini merupakan tindak balas umat Islam ke atas tentangan hebat DAP dan golongan ultra sekular Melayu terhadap usaha mendaulatkan agama Islam di negara ini.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, perhimpunan itu juga bagi menunjukkan tahap sokongan majoriti umat Islam terhadap usaha untuk memperkasakan peranan Mahkamah Syariah di Malaysia.

“Himpunan 355 di Padang Merbok dijangka menjadi perhimpunan terbesar bagi umat Islam untuk mendaulatkan Islam di dalam negara.

“DAP menyeru masyarakat bukan Islam bangkit melawan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) kemudian disokong oleh golongan ultra sekular Melayu.

“Himpunan ini sebagai tindak balas ke atas DAP dan ultra sekular Melayu bagi menunjuk tahap sokongan majoriti umat Islam dan rakyat Malaysia terhadap RUU355,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini membentangkan RUU355 di Dewan Rakyat yang bertujuan meminda akta bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di Malaysia.

Usaha itu mendapat tentangan hebat DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) yang mendakwa RUU355 bercanggah dengan Perlembagaan Negara selain bersifat kuno.

Nik Mohamad Abduh dalam pada itu menjelaskan pihak yang menentang Himpunan 355 yang sebenarnya bermain dengan api agama dan perkauman kerana menentang usaha mendaulatkan Islam di Malaysia.

Kata beliau, tindakan mereka mencampuri urusan umat Islam dengan menentang kehendak umat Islam di negara mereka boleh mencetuskan sentimen dan kemarahan daripada umat Islam Malaysia.

Justeru, katanya, adalah benar dan normal untuk umat Islam Malaysia bangkit menyuarakan ketidakpuasan melalui Himpunan 355 supaya golongan penentang akur dengan hak umat Islam negara ini.

Beliau dalam pada itu menafikan dakwaan Himpunan 355 merupakan taktik politik murahan oleh PAS untuk meraih undi seperti didakwa Pakatan Harapan.

“Himpunan ini turut disokong UMNO. Ia juga disokong oleh NGO Melayu yang secara jelas pro UMNO. Jika ianya begitu politik sifatnya, sudah pasti UMNO dan NGO itu akan menjauhi daripada menyatakan sokongan terhadap perhimpunan ini,” jelasnya.

Sebaliknya, kata beliau, jika benar perhimpunan itu memberi keuntungan politik kepada UMNO dan PAS adalah kerana menyokong, menyeru dan melaksanakan perkara kebaikan dan kemanfaatan umat Islam yang besar.

“Adalah jelas Himpunan 355 adalah satu promosi kepada perpaduan umat yang hilang. Walaupun berbeza latar belakang dan cara, kita mesti berusaha mengurangkan konflik yang tidak perlu dan mendekatkan jurang dan jarak antara kita umat Islam.

“Negara kita di sebalik perpecahan pandangan politik masih menikmati keamanan secara amnya. Ia mesti kekal dipelihara dan harus dijadikan pemangkin ke arah usaha pembaikan Islami yang benar,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPPerhimpunanRUU355
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd