• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasut Himpunan Basikal: Penulis Blog, Datuk Ditahan

oleh Ahmad Albab
26/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan tiga lelaki warga emas kerana membuat kenyataan jelik dan fitnah berhubung kemalangan remaja berbasikal baru-baru ini serta menghasut orang ramai menyertai perhimpunan basikal menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata mereka ditahan secara berasingan di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur dengan dua daripada mereka ditangkap malam Sabtu manakala seorang lagi awal pagi Ahad.

“Lelaki pertama berumur 65 tahun dipercayai individu bertanggungjawab membuat kenyataan jelik dan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan basikal menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan polis pada pukul 8 pagi semalam.

“Dia ditahan pukul 10 malam tadi di Ipoh, Perak selepas polis menerima satu laporan berkaitan penyalahgunaan laman sosial berkenaan pada pukul 8.28 pagi semalam,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata hasil tangkapan itu, polis merampas dua kad sim dan satu telefon bimbit yang dipercayai digunakan lelaki tersebut untuk membuat kenyataan jelik dan hasutan berkenaan menerusi Facebook.

Beliau berkata menerusi penahanan kedua dan ketiga pula, polis menahan lelaki berumur 61 dan 64 tahun, masing-masing di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor serta Villa Taman Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Menurut Wan Ahmad Najmuddin, kedua-dua mereka dipercayai membuat kenyataan jelik dan fitnah terhadap kes kemalangan maut yang melibatkan lapan remaja berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam, di sini pada 18 Februari lepas.

Katanya penahanan itu dibuat pada pukul 11 malam tadi dan 2 pagi tadi susulan laporan polis yang dibuat pada pukul 1.02 tengah hari semalam, berkaitan kenyataan tersebut di Facebook.

“Polis turut merampas dua telefon bimbit berserta dua kad sim bagi siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Ketiga-tiga lelaki tersebut disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

“Polis Johor ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi bagi mengeluarkan kenyataan palsu dan kenyataan untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut dan mengganggu orang lain.

“Orang ramai juga dinasihati tidak menyebarkan apa-apa kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman awam melalui mana-mana aplikasi komputer,” katanya.

Sementara itu, polis hari ini mendapatkan kebenaran mahkamah untuk menahan reman ketiga-tiga lelaki berkenaan bagi siasatan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Faridatul Farah Shukri di Mahkamah Majistret di sini.

Beliau memerintahkan penulis blog berumur 64 tahun dan lelaki berumur 61 tahun, kedua-duanya bergelar “Datuk” direman selama tiga hari manakala lelaki berumur 65 tahun itu direman dua hari. – BERNAMA

Tags: hasutHimpunan basikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Arah Mangsa Cedera Langgar Jalan Berlubang Dibayar Ganti Rugi RM721,000

Chegu Bard Kena 2 Tuduhan Fitnah, Hasut Rosakkan Nama Baik Agong

29/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini...

PRU Awal Supaya Hentikan PH Menghasut Rakyat Benci BN – Zahid

PRU Awal Supaya Hentikan PH Menghasut Rakyat Benci BN – Zahid

19/09/2022
0

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi terus mendesak supaya parlimen dibubarkan secepat mungkin supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dapat diadakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd