• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasrat Abdul Amzar Azim Tidak Kesampaian

oleh AK-47
01/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hajat dan cita-cita seorang anak untuk berbakti dan memberikan keselesaaan hidup kepada dua orang tua dan keluarganya tidak kesampaian setelah ditemui lemas di Tasik Karapiro, New Zealand.

Mayat Abdul Amzar Azim Azmi, 21, penuntut tahun tiga jurusan kejuruteraan mekanikal di Universiti Waikato, Hamilton, ditemui di tasik yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar raya itu tengah hari ini.

Pihak berkuasa tempatan menemui mayat pelajar itu yang dilaporkan hilang sejak 3.30 petang Ahad (waktu New Zealand) ketika berenang di kawasan berkenaan.

“Am (Abdul Amzar Azim) akan buktikan yang Am akan beri keselesaan pada mak abah dan adik-adik satu hari nanti,” begitulah luahan kata-kata pelajar itu kepada sepupunya ketika mereka bertemu bulan lepas, sewaktu pulang bercuti ke kampung halamannya di Hutan Kampung, Kedah.

Sepupunya yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul Ain, 21, berkata arwah yang merupakan anak sulung daripada lima adik beradik itu juga dikatakan berkelakuan aneh sebelum kembali semula ke New Zealand.

“Pada hari arwah pulang ke New Zealand, arwah berkelakuan pelik kerana setibanya di Lapangan Terbang Antabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, dia terus mendaftar masuk tanpa menunggu ahli keluarga yang lain tiba. Dia pergi tanpa jumpa kami,” katanya ketika dihubungi melalui Facebook hari ini.

Sementara itu, beberapa rakan Abdul Amzar Azim yang dihubungi Bernama menerusi aplikasi Facebook Messenger melahirkan kesedihan.

Rakan sepengajian, Shahrul Imran, 22, berkata Abdul Amzar Azim merupakan pelajar dikenali ramai kerana sering memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya.

Katanya, Abdul Amzar Azim, penuntut tajaan MARA, merupakan seorang yang sentiasa membantu rakan-rakan terutamanya dalam pelajaran.

“Am selalu menjadi rujukan rakan-rakan sekiranya ada di antara kami tidak faham akan topik yang dipelajari,” katanya.

Rakan karib Allahyarham, Nurhidayah Norsham, 22, berkata arwah seorang yang baik dan menghormati orang tanpa mengira umur, agama dan bangsa, serta disayangi ramai.

“Arwah juga mempunyai perwatakan yang jarang ada pada semua orang, beliau suka menolong orang dan tidak akan menunjukkannya.

“Pemergiannya satu kehilangan yang amat dirasai,” katanya. – BERNAMA

Tags: lemasmati lemaspelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd