• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hans Isaac Bakal Kahwini Ratu Cantik

oleh Ahmad Albab
28/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS beberapa kali kecundang dalam percintaan, akhirnya pelakon dan pengarah Datuk Hans Isaac bakal berkahwin dengan bekas Ratu Cantik Pelancongan, Aileen Gabriella Robinson.

Hans, 46, dan Gabriella, 28, bakal melangsungkan perkahwinan pada 29 Julai depan di Gereja St John’s Cathedral, Kuala Lumpur.

Pasangan itu telah bertunang semasa percutian mereka di Singapura pada 29 Januari lalu.

Hans, mengumumkan berita gembira itu pada satu sidang akhbar yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, Selasa.

Hans Isaac Bakal Kahwini Ratu Cantik

Menurut Hans, dia terpikat kepada kesederhanaan Gabriella atau lebih selesa dipanggil Gabby ini.

“Gabby merupakan seorang wanita yang simple dan sangat merendah diri.

“Saya pernah lihat dia bercakap dengan orang-orang yang berpangkat tinggi dan caranya melayan orang lain seperti pemandu saya sendiri pun, masih sama,” kata Hans.

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan serius sejak tahun lalu.

Mereka bertemu buat kali pertama semasa Hans menjadi salah seorang tenaga pengajar dalam pertandingan Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2011 dan menurut Gabby, pada awalnya dia kurang suka pada Hans!

“Sebenarnya dulu dia selalu buat saya menangis dengan kritikan pedasnya.

“Sebagai contoh, pada satu cabaran di mana saya dan seorang lagi peserta perlu bergambar bersama burung kakak tua, Hans berkata burung itu lebih menarik dripada saya,” cerita Gabby yang cantik dan tinggi lampai ini.

Pasangan ini juga berkata mereka tidak sabar untuk menjalani kehidupan sebagai suami isteri dan mendapat zuriat bersama. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: Hans Isaac
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sedia Kongsi Maklumat Agen Saraf VX Dengan PBB

Next Post

Dua Kakitangan MPK Dihadapkan Ke Mahkamah

Related Posts

Hans Isaac Bakal Calon PKR Parlimen Ampang?

18/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Penerbit dan pelakon, Datuk Hans Isaac menyerahkan kepada kepimpinan PKR dan masyarakat Ampang apabila namanya disebut-sebut akan...

Hans Isaac Enggan Tunduk, Takkan Meletak Jawatan

12/12/2019
0

PENGERUSI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac tidak akan tunduk kepada gesaan enam persatuan artis yang mahu...

Next Post

Dua Kakitangan MPK Dihadapkan Ke Mahkamah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd