• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negara Kematian Berlaku Berhak Jalankan Siasatan

oleh Ahmad Albab
20/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hak menjalankan siasatan termasuk proses bedah siasat adalah terletak di bawah bidang kuasa negara di mana kematian itu berlaku, apabila ia melibatkan kes kematian warga asing.

Timbalan Pengarah dan Felo Kanan, Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Sufian Jusoh berkata ia berdasarkan Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Konsular 1963 yang menuntut pihak negara luar untuk akur dan menghormati undang-undang negara tuan rumah.

Langkah itu katanya bagi membolehkan pihak berkuasa menentukan sebab kematian, selain perlu membina keterangan dan kes sekiranya berlaku pendakwaan.

“Apabila berlaku kematian yang disyaki disebabkan oleh jenayah, maka di bawah kanun prosedur jenayah, diberikan kepada pihak polis untuk mengarahkan proses bedah siasat dijalankan.

“Sekiranya ada pendakwaan, maka pihak berkuasa perlu membawa pakar dan kebiasaannya bagi kes bunuh, pakar itu adalah dari Jabatan Kimia serta seorang pakar patologi hospital yang akan memberi keterangan di mahkamah bagi membuktikan terdapat kematian dan sebab kematian,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sufian berkata ia sebahagian daripada prinsip hubungan konsular yang menekankan hubungan antara rakyat, ekonomi, kebudayaan dan diplomasi dan negara luar tidak boleh campur tangan dalam hal perundangan dan kedaulatan negara tuan rumah.

Beliau berkata keluarga mangsa yang tidak berpuas hati dengan keputusan bedah siasat boleh menjalankan proses yang lain tetapi hanya selepas proses siasatan dan bedah siasat selesai dijalankan negara tuan rumah.

Dalam pada itu, beliau berkata walaupun melibatkan dua negara, namun isu tuntutan mayat adalah terletak di bawah undang-undang persendirian antarabangsa dan perlu diselesaikan oleh individu yang mempunyai kepentingan dengan pihak berkuasa, meskipun ia melibatkan individu berprofil tinggi.

“Seperti contoh, jika adik seseorang pemimpin meninggal dunia di negara lain, dan pemimpin itu ingin menuntut jenazah, maka beliau akan dibantu oleh pihak kedutaan.

“…Tetapi, tuntutan ke atas jenazah itu adalah berdasarkan kedudukan pemimpin berkenaan sebagai individu persendirian kerana jenazah itu bukan milik negara tetapi hak milik keluarga,” katanya.

Beliau berkata sekiranya jenazah tidak dituntut oleh keluarga atau waris, negara tuan rumah boleh melaksanakan urusan pengebumian mengikut tata cara agama si mati atau memberi kebenaran kepada pihak kedutaan untuk menuntutnya. – BERNAMA

Tags: warga asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Imigresen Selangor Tahan 169 PATI Pusat Membeli-Belah

Next Post

Gusar Anak Dicap Pembunuh – Ibu Siti Aisyah

Related Posts

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

22/04/2025
0

BENTONG – Dua lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah kasino di...

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

28/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Jabatan Imigresen ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa menjalani pemeriksaan di...

Next Post

Gusar Anak Dicap Pembunuh - Ibu Siti Aisyah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd