• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis 12 Tahun Lerai, Pasang Senjata Api Dalam 10 Minit

oleh AK-47
08/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG remaja perempuan berusia 12 tahun di Thailand memiliki ‘bakat’ luar biasa menguruskan senjata api malah mampu melerai dan memasang kembali peralatan berbahaya itu dalam masa 10 minit sahaja.

Menurut Daily Mail, Salisa Yasuwat hanya belajar sendiri mengendalikan pelbagai jenis senjata api semenjak dia berusia sembilan tahun lagi daripada bapanya.

Antara senjata api yang pernah dikendalikan termasuklah M16, Smith and Wessons.

Yasuwat mampu meleraikan, membersihkan dan memasang semula senjata api dengan cekap yang mana kemahiran itu kebiasaannya mengambil masa bertahun-tahun untuk mahir dan dipelajari.

Bagi mengisi masa lapangnya, Yasuwat bekerja dengan bapanya iaitu Prajak, 51; iaitu seorang tukang senjata api yang menjalankan perniagaan membaiki senjata api menggunakan sebuah van di sekitar Chiang Mai.

“Ayah saya mengajar saya untuk mengendalikan senjata tersebut dan saya suka membantunya.”

Gadis 12 Tahun Lerai, Pasang Senjata Api Dalam 10 Minit

Menerusi video berdurasi satu minit lebih itu, Yasuwat dilihat mempamerkan bakatnya dan ‘mengajar’ anggota polis untuk melerai dan memasang senjata mereka.

Yasuwat memulakan sesi ‘pengajaran’  itu bermula dengan senjata jenis Smith and Wesson 686 Magnum 357 berwarna perak yang hanya mengambil masa selama 10 minit dan kemudian beralih kepada senjata yang lebih besar.

“Senjata api kegemaran saya adalah Magnum dan saya boleh lerai dan bersihkan setiap bahagian senjata itu serta memasangnya kembali dalam masa sepuluh minit sahaja, kekadang lebih cepat, namun saya berhati-hati,” kata Yasuwat.

Seorang anggota polis Chiang Mai, Damrong Saenduangdee yang sering menggunakan khidmat Yasuwat berkata; “Saya tidak pernah melihat remaja sepertinya. Saya tidak semahirnya. Dia lebih pantas dan mempunyai pengetahuan luas mengendalikan senjata itu daripada saya.”

Manakala bapa Yasuwat, Prajak yang sudah lapan tahun menjalankan perniagaan itu memberitahu bahawa anak-anaknya sering dikelilingi oleh pelbagai senjata api.

“Bagi saya, adalah lebih selamat untuk anak-anak saya dikelilingi senjata api.

“Anak perempuan saya gemar membantu saya dalam perniagaan ini dan kami mempunyai ramai pelanggan dari kalangan polis dan askar yang mahu senjata mereka dibersihkan.

“Pun begitu, tidak semua anak saya mampu mengendalikan senjata-senjata itu seperti Yasuwat. Dia sangat mahir dan seronok melakukannya,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Remaja Perempuansenjata api
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Selepas ‘Alaikum Salam’, Lindsay Kongsi Hadis Di IG

Next Post

Seramai 4,500 Kakitangan Awam Turki Diberhentikan

Related Posts

Remaja Perempuan Dakwa Dicabul Penjawat Awam Di Hotel

Remaja Perempuan Dakwa Dicabul Penjawat Awam Di Hotel

23/03/2025
0

SUBANG JAYA - Seorang remaja perempuan menempuh detik hitam setelah mendakwa dicabul individu yang dipercayai penjawat awam di sebuah hotel...

Dua Lelaki Warga Taiwan Didakwa Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru

Dua Lelaki Warga Taiwan Didakwa Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru

10/02/2025
0

Kuala Lumpur : Dua lelaki warga Taiwan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga pertuduhan...

Next Post

Seramai 4,500 Kakitangan Awam Turki Diberhentikan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd