• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Filem Pertama Radhi Khalid Terkandas Tiada Dana

oleh Ahmad Albab
12/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon Radhi Khalid memberitahu filem terbitan pertama syarikatnya, Radhikal Films berjudul Raju Raja tergendala selama lima tahun kerana kekurangan dana.

Radhi atau Muhammad Radhieddeen Abd Khalid, 53, bagaimanapun berkata, dia masih belum berputus asa untuk melihat karya sulungnya itu disiapkan sekali gus ditayangkan untuk tontonan umum.

“Persiapan skrip dan pra-produksi sudah pun siap cuma penggambaran sahaja masih tergendala kerana memerlukan dana sebanyak RM2 juta.

“Tambahan pula filem ini bukan sahaja menggunakan pelakon tempatan tetapi daripada India dan ia sudah tentu memerlukan belanja yang besar.

“Bagaimanapun saya masih belum berputus asa untuk menyiapkan filem ini dan masih mencara dana dan penaja,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Radhi berkata, walaupun skrip Raju Raja sudah siap namun ia perlu dirombak semula agar ia lebih relevan dan sesuai dengan peredaran zaman.

“Saya sudah siapkan skrip filem itu sudah lama dan ada beberapa bahagiannya sudah tidak lagi sesuai dan perlu dirombak semula.

“Pada saya ia perlu dilakukan bagi memastikan hasilnya nanti tidak kelihatan ketinggalan zaman dan relevan,” katanya.

Sementara itu, Radhi berkata, dia masih aktif berlakon walaupun dia kini dilihat jarang muncul di televisyen.

Malah katanya, dia bakal muncul dalam dua buah filem pada tahun ini iaitu Misi Operasi X arahan Zulkeflie M. Osman dan Filem Orang Itu arahan Ida Nerina.

“Saya masih berlakon mungkin orang sahaja tak perasan malah ada dua filem yang menampilkan saya akan keluar pada tahun ini.

“Selain itu, saya sibuk dengan kerja-kerja penerbitan dokumentari, iklan dan drama syarikat saya dan Alhamdulillah banyak juga projek telah kami hasilkan,” ujarnya. – mStar Online

Tags: FILEMpelakon
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Percayakah Anda Lukisan Macam Ni Dijual RM200 Juta?

Next Post

APMM Tahan 4 Nelayan Langgar Syarat Tangkap Ikan

Related Posts

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

08/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan bahawa siasatan berkaitan 14 laporan polis dibuat keluarga penyanyi dan pelakon, Betty...

Pemandu Langgar Empat Beranak Didenda RM6,000

Pelakon TV Popular AS, Andre Braugher Meninggal Dunia

13/12/2023
0

LOS ANGELES: Pelakon siri televisyen (TV) popular, Brooklyn Nine-Nine, Andre Braugher meninggal dunia pada usia 61 tahun. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

APMM Tahan 4 Nelayan Langgar Syarat Tangkap Ikan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd