• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fatehah Yakin Tiada Masalah Buru Pingat Emas Sukan SEA

oleh AK-47
20/02/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelumba trek wanita negara, Fatehah Mustapa yakin beliau tidak menghadapi masalah meraih pingat emas acara berbasikal temasya Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur, Ogos ini.

Fatehah, 27, dijangka bertanding dalam tiga kategori iaitu keirin, pecut dan pecut berpasukan bersama Farina Shawati Mohd Adnan.

“Fokus saya sekarang adalah tiga acara tersebut namun jika pada Sukan SEA nanti ada acara 500 meter ujian masa, saya akan masuk juga. Rasanya saya tidak mempunyai masalah bersaing dengan pelumba ASEAN berbanding pelumba Asia.

“Namun, saya tidak boleh terlalu yakin, masih kena buat latihan intensif agar kemenangan berpihak kepada saya. Saya harap rakan sepelatih saya, Farina pun dapat keyakinan yang sama,” katanya.

Mengulas kegagalannya melayakkan diri ke Kejohanan Dunia musim ini, Fatehah mengakui kecewa ekoran tidak dapat bersama rakan sepasukannya, Azizulhasni Awang dan Muhd Shah Firdaus Sahrom berjuang di kejohanan tersebut.

Namun, Fatehah berkata beliau harus kekal positif dan perlu berusaha lebih keras untuk memastikan prestasi yang lebih baik dapat dicapai pada musim ini dan musim hadapan.

Fatehah yang sebelum ini sudah menyertai Kejohanan Dunia sebanyak empat kali berkata beliau gagal mengumpul mata yang mencukupi untuk menempah slot dalam acara keirin dan pecut tahun ini.

“Saya rasa mata saya masih belum cukup untuk layak dalam acara keirin dan pecut. Jadi saya kena berlatih untuk Piala Dunia dan Kejohanan Dunia seterusnya.

“Sebelum Sukan SEA bermula memang saya tiada sebarang kejohanan yang akan disertai. Hanya fokus kepada program latihan,” katanya. – BERNAMA

Tags: FatehahPingat EmasSukan SEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd