• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Faizal Saari Terpaksa Digugurkan Ke Dhaka

oleh AK-47
01/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Penyerang berpengalaman skuad kebangsaan, Faizal Saari terpaksa digugurkan di saat-saat akhir daripada menyertai pusingan kedua Liga Hoki Dunia di Dhaka, Bangladesh yang berlangsung 4-12 Mac ini.

Faizal diketepikan kerana masih bergelut dengan kecederaan hamstring di paha kanan yang dialaminya sewaktu perlawanan akhir Piala TNB antara Terengganu Hockey Team (THT) menentang Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) pada Ahad lepas.

Ketua jurulatih negara, Stephen van Huizen enggan mengambil sebarang risiko dan telah memanggil Muhamad Ramadan Rosli bagi menggantikan tempat Faizal.

“Faizal tidak turut serta ke Dhaka, beliau sudah melakukan imbasan serta MRI pada pahanya di MSN (Majlis Sukan Negara) semalam dan masih mengalami kecederaan.

“Jadi kita membuat keputusan untuk membawa Ramadan. Siapa pun pemain yang kita bawa, saya percaya mereka mampu membawa cabaran negara,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Dhaka hari ini.

Pasukan negara dilihat mempunyai harapan cerah melayakkan diri ke perlawanan akhir di mana Malaysia diundi berada dalam Kumpulan A bersama Fiji, Oman dan
tuan rumah, Bangladesh.

Dua pasukan yang beraksi di pentas akhir akan melayakkan diri ke pusingan ketiga Liga Hoki Dunia yang akan menjadi medan bagi merebut tempat ke Piala Dunia London 2018. – BERNAMA

Tags: Faizal Saarihoki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd