• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Maut Akibat Lori Ais Langgar Lampu Isyarat Merah

oleh AK-47
10/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Gara-gara langgar lampu isyarat merah, sebuah lori ais merempuh dua penunggang motosikal hingga maut di simpang empat Sungai Karangan- Padang Meha, Kulim, Kedah di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.25 malam itu, dua penunggang motosikal dikenali sebagai Mohamad Adam Mohd Adnan, 24, yang menunggang SYM Sport Bonus dari Kampung Kejai, Kuala Ketil dan penunggang Modenas Kriss, Azizah Hamid, 53, dari Kampung Bukit Hijau, Kuala Ketil meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, anak lelaki kepada Azizah iaitu Mohamad Syazwan Shukardi Zulkepli berusia 18 tahun patah kaki kiri dan cedera di badan.

2 Maut Akibat Lori Ais Langgar Lampu Isyarat Merah

Media tempatan melaporkan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Baruddin Wariso berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa datang dari arah Kulim Hi-Tech menghala ke arah Baling.

Menurutnya, lori yang dipandu lelaki berusia 47 tahun itu datang dari arah Sungai Karangan dan siasatan awal mendapati pemandu tersebut melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh dua motosikal mangsa.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

2 Maut Akibat Lori Ais Langgar Lampu Isyarat Merah

Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Dhany Sarip iaitu rakan kepada mangsa yang cedera meluahkan rasa kesalnya dengan sikap pemandu lori ais yang melanggar lampu isyarat merah hingga menyebabkan dua nyawa terkorban.

Menurutnya, kejadian tersebut turut menyebabkan rakannya cedera akibat terpelanting dan kini masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kulim, Kedah kerana patah tulang pinggul dan peha.

“Tahukah anda apa punca kemalangan ini? Lori menjual ais itu telah melanggar lampu isyarat berwarna merah.

“Celxxx! Pemandu lori ais tersebut memang celxxx! Maka atas alasan apa lampu isyarat berhenti tidak dipatuhi? Apabila berlaku kemalangan seperti, alasan apa yang ingin diberi?” tulisnya.

Jelasnya, mangsa wanita yang meninggal dunia itu adalah ibu tunggal apabila suaminya telah meninggal dunia sebelum ini dan kini anak-anaknya yang masih bersekolah rendah sudah kehilangan kasih sayang ibu bapa.

“Anak-anaknya ada yang masih bersekolah rendah. Seawal usia yang masih muda kehilangan kasih seorang ibu, hanya kerana kerakusan pemandu lori tersebut.

“Adakah pemandu tersebut akan menanggung derita yang akan dihadapi oleh anak-anak almarhumah? Jawapannya jelas. Tidak. Tidak sama sekali.

“Jika dibayar dengan jutaan wang ringgit sekalipun, tetap tidak akan dapat menggantikan nyawa orang lain. Nyawa orang lain yang tidak bersalah, tetapi menjadi mangsa angkara makhluk durjana,” tulisnya.

Danny berkata, pihak berkuasa perlu memandang serius kejadian tersebut dan menjatuhkan hukuman sewajarnya terhadap pemandu berkenaan kerana mendakwa lelaki tersebut adalah pembunuh.

“Kepada para pemandu lainnya, ambillah iktibar dari kejadian ini. Patuhilah lampu isyarat dan perhatikanlah kenderaan yang berada di sekeliling, khususnya motosikal.

“Tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa risiko bagi penunggang motosikal adalah lebih tinggi berbanding kenderaan lain.

“Maka berikanlah perhatian yang lebih kepada mereka. Tidak salah untuk kita lebih bertimbang rasa di jalan raya,” tulisnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: aislampu isyaratlanggarlori
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Flotila Tiba Di Yangon, Serah 500 Tan Bantuan Rohingya

Next Post

40 Sekeluarga Dikuarantin Di Kelantan

Related Posts

Lagi Nahas Kereta Langgar Isyarat Lampu Merah, Rempuh Dua Motosikal

Lagi Nahas Kereta Langgar Isyarat Lampu Merah, Rempuh Dua Motosikal

11/03/2025
0

SEREMBAN: Belum lagi reda nahas motosikal dirempuh kereta yang melanggar lampu isyarat merah di daerah ini, satu lagi kejadian hampir...

Tiga Maut, Enam Parah Dalam Nahas Empat Kenderaan Berpunca Lori Terbabas

Tiga Maut, Enam Parah Dalam Nahas Empat Kenderaan Berpunca Lori Terbabas

15/01/2025
0

REMBAU : Tiga maut, manakala enam lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan dekat Kilometer (KM) 226.5 (U) Lebuhraya Utara-...

Next Post

40 Sekeluarga Dikuarantin Di Kelantan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd