• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dipaksa Perah Susu Di Lapangan Terbang Jerman

oleh Ahmad Albab
02/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERLIN – Seorang wanita Singapura berketurunan India mendakwa ‘dimalukan’ polis Jerman apabila diminta memerah susu di lapangan terbang di Frankfurt untuk membuktikan beliau menyusukan bayinya.

Gayathiri Bose, 33, yang mempunyai dua anak berusia tiga tahun dan tujuh bulan, berkata beliau memfailkan aduan dengan polis Jerman mendakwa diarah berbuat demikian di unit keselamatan lapangan terbang.

Bose memberitahu Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), beliau ‘dimalukan’ dan ‘amat trauma’ dengan pengalaman itu dan akan memfailkan tindakan undang-undang.

Katanya, polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt mengesyaki sesuatu kerana beliau membawa pengepam susu badan tetapi berkunjung ke Jerman tanpa membawa bayinya.

Polis Jerman enggan memberi ulasan mengenai dakwaan itu tetapi berkata langkah berkenaan ‘jelas’ bukan sebahagian prosedur rutin.

Bose yang bersendirian, berkata beliau dalam perjalanan menaiki pesawat ke Paris, Perancis pada Khamis lalu apabila dihalang di stesen imbasan keselamatan.

Katanya, selepas beg yang dibawa, mengandungi pam susu badan, melalui mesin sinar X, beliau dibawa ke bilik untuk disoal siasat.

“Mereka bertanya dengan nada meragukan. Adakah anda menyusu anak? Di mana anak anda? Anak anda di Singapura?” katanya.

Mereka memegang pasport Bose dan beliau dibawa ke bilik lain oleh pegawai polis perempuan untuk siasatan lanjut.

“Di situ, saya diminta menyelak baju dan menunjukkan payudara saya. Pegawai itu meminta saya menunjukkan kepadanya dengan memerah sedikit payudara.

“Saya patuh dan memerah payudara saya. Saya terkejut kerana terpaksa melalui pengalaman itu.

“Saya seorang diri dan tidak pasti apa akan berlaku jika mereka mahu memberi masalah kepada saya,” katanya.

Pakar penerbangan daripada penerbitan penerbangan, Flightglobal, Ellis Taylor, menyifatkan tindakan meminta seorang ibu membuktikan beliau menyusukan bayi ‘mengarut.’ – Agensi

Tags: lapangan terbang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

2 Lapangan Terbang Utama Syria Henti Operasi

22/10/2023
0

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang...

Lelaki Menetap Di Lapangan Terbang 18 Tahun Meninggal Dunia

Lelaki Menetap Di Lapangan Terbang 18 Tahun Meninggal Dunia

13/11/2022
0

PARIS – Seorang lelaki Iran yang menjadi perhatian seluruh dunia kerana menetap di sebuah lapangan terbang di Paris selama 18...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd