• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dego Ride Diberi Masa Tujuh Hari – Tiong Lai

oleh Ahmad Albab
15/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Syarikat perkhidmatan teksi motosikal ‘Dego Ride’ diberi masa tujuh hari untuk tampil berbincang dengan Kementerian Pengangkutan berhubung perkhidmatan itu, kata Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Bagaimanapun, tegasnya kementerian tetap dengan keputusan mengharamkan perkhidmatan itu berikutan isu keselamatan penumpang.

“Tiada keraguan dalam larangan Dego Ride. Ia adalah sangat jelas. Kerajaan dan kementerian telah membuat keputusan untuk mengharamkan perkhidmatan ini memandangkan ia berbahaya kepada keselamatan penumpang.

“Kementerian telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memanggil syarikat itu tampil memberi penjelasan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Kompleks Pusat Kawalan Trafik Udara (KL ATCC), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai permintaan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj, supaya diberi peluang untuk membahaskan isu perkhidmatan teksi motosikal itu yang dilaksanakan sejak November tahun lepas.

Semalam, Liow berkata perkhidmatan Dego Ride menyalahi Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 serta Seksyen 16 dan 47 Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan pengusaha syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah.

Katanya walaupun penggunaan motosikal mampu mengelak kesesakan lalu lintas namun ia juga membawa kemudaratan kerana berdasarkan statistik, penunggang motosikal menyumbang kira-kira 62 peratus kepada kemalangan maut pada tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong LaiDego Ride
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penunggang Dego Ride Perlu Diwajibkan Lesen PSV

02/01/2020
0

PETALING JAYA - Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) digesa memberikan layanan sama terhadap penunggang perkhidmatan e-hailing motosikal pertama negara, Dego...

Teksi Motosikal Dego Ride Kembali Beroperasi Hari Ini

01/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan teksi motosikal tempatan, Dego Ride kembali beroperasi hari ini setelah mendapat kelulusan khas daripada Kabinet. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd