• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Corak Khas Pesawat A320 AirAsia Bagi Promosikan JB

oleh Ahmad Albab
25/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kumpulan Greenland sedang mempromosikan pembangunan pesat di Johor Bahru sebagai fokus gaya hidup dan pelancongan melalui corak warna khas ke atas sebuah pesawat Airbus A320 AirAsia.

Ia memaparkan logo serta warna hijau dan putih Kumpulan Greenland untuk selama dua tahun mulai hari ini.

Pesawat A320 itu akan digunakan untuk penerbangan Johor Bahru-Guangzhou (China) bagi perjalanan sehala serta di rangkaian AirAsia yang lain.

Pengurus Greenland Malaysia Du FuGen berkata sebagai salah satu pemaju bersepadu China yang terkemuka, adalah menjadi perkara biasa bagi kumpulan itu untuk melihat kepentingan memupuk dan mengukuhkan hubungan di antara kedua-dua negara.

“Kami percaya bersama-sama dengan AirAsia dan melalui laluan terusnya ke Guangzhou, kami dapat mempromosikan Johor Bahru sebagai peneraju dalam industri utama dan hab pelancongan, perdagangan termasuk pelaburan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa pelancaran corak khas itu di Lapangan Terbangan Antarabangsa Senai di sini hari ini.

Untuk rakyat negeri Johor, Kumpulan Greenland bukan entiti yang asing, memandangkan syarikat itu terbabit dalam pembangunan Jade Palace yang berprestij di Danga Bay.

Ia juga memajukan Helios Cove, sebuah projek perbandaran bersepadu yang merangkumi tanah seluas 128 ekar di kawasan Tebrau, sepanjang Selat Johor.

Sementara itu, Ketua Komersil AirAsia Bhd Spencer Lee, berkata melalui perkongsian dengan Greenland, syarikat penerbangan tersebut berharap untuk menarik lebih banyak pelanggan, tetamu serta peneraju utama dari China bagi “membangunkan Johor Bahru secara bersama-sama”.

“Penerbangan terus kami dari Senai ke Guangzhou telah membantu meningkatkan kerjasama antara Johor Bahru dan Guangzhou. Ini terkait dengan perkembangan berterusan dalam Iskandar Malaysia, yang telah menyebabkan permintaan untuk penerbangan antara Johor dan bahagian China itu wujud,” katanya.

Ini adalah kali pertama AirAsia bekerjasama dengan pemaju hartanah bagi memperkenalkan corak khas itu.

AirAsia membuat penerbangan dari Senai ke Guangzhou, empat kali seminggu. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd