• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Dakwa Diculik Van Putih Mengaku Reka Cerita

oleh AK-47
02/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK semalam, media sosial digemparkan dengan berita kejadian seorang kanak-kanak lelaki yang nyaris diculik sekumpulan lelaki menaiki van putih di Kampung Endah, Banting, Selangor.

Namun, siasatan polis akhirnya mendedahkan bahawa kanak-kanak berusia 11 tahun itu hanya mereka cerita kononnya pernah diculik tiga lelaki bertopeng dan mereka menaiki van berwarna putih.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, mangsa mengaku membuat rekaan cerita mengenai kejadian tersebut kerana takut dimarahi bapanya susulan lewat pulang ke rumah.

“Kanak-kanak itu mereka cipta kononnya tiga orang lelaki bertopeng cuba menariknya masuk ke dalam kereta dan berjaya melepaskan diri dengan mengigit tangan suspek.

“Pihak polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian memandangkan kes ini tiada unsur jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menerusi perkongsian abang mangsa di laman Facebook, ID Ris memaklumkan adiknya Muhammad Arifuddin Hussin berjaya melarikan diri selepas diculik kira-kira 9.30 malam ketika dalam perjalanan pulang dari masjid.

Kanak-kanak lelaki tersebut pulang ke rumah dalam keadaan selamat selepas hampir empat jam ‘diculik’.

Kejadian membabitkan kanak-kanak yang membuat cerita rekaan kononnya diculik bukanlah perkara baharu kerana sebelum ini pada Julai 2016, seorang budak lelaki berusia 12 turut mendakwa dia diculik di Kangar, Perlis.

Pada akhir 2015 juga, rakyat negara ini tertipu dengan ‘lakonan’ hebat seorang remaja perempuan berusia 14 tahun selepas penyebaran audio perbualan yang merintih minta diselamatkan kerana mendakwa diculik dengan van putih.

Siasatan polis akhirnya mendedahkan pelajar tingkatan dua yang tinggal di Pelabuhan Klang itu sebenarnya sengaja mereka cerita kerana mahu hidup bebas dan ditemui bersama teman lelakinya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bantingceritakes culikrekaan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

23/07/2024
1

JOHOR BAHRU - Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco...

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

29/09/2022
0

JOHOR BAHRU: Polis menafikan berlaku kes penculikan seorang kanak-kanak di negeri ini seperti yang tular dalam media sosial hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd