• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bom Dicampak Ke Pejabat FAP Akibat 4 Kali Tewas

oleh
14/02/2017
dalam Jenayah, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Setelah kecoh amukan penyokong di Stadium Negeri pada Sabtu lalu akibat tewas empat kali berturut-turut, pejabat Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) hari ini dibaling bom.

Pihak polis dilaporkan sedang mengenal pasti dan memburu individu terlibat membaling bahan letupan dipercayai daripada jenis molotov cocktail itu di hadapan pejabat FAP di Jalan Sepoy Lines, Jalan Scotland di sini pagi Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Assisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, kejadian itu disedari petugas FAP yang tiba di pejabatnya pagi tadi dan mendapati serpihan botol kaca dibaling ke arah pejabat tersebut.

“Tiada saksi yang melihat kejadian berkenaan dan suspek juga tidak dapat dikenal pasti kerana tempat insiden itu kebetulan tidak pula mempunyai sebarang kamera litar tertutup (CCTV) dan perkhidmatan pengawal keselamatan.

“Pihak polis sedang giat merakam percakapan beberapa petugas serta mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes ini termasuk motif sebenar kejadian,” kata Mior Faridalatrash ketika ditemui pihak pemberita di sini, hari ini.

Tambah beliau, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu sengaja membakar harta benda yang boleh membawa hukuman penjara antara tujuh hingga 20 tahun serta denda jika disabitkan kesalahan.

Insiden tersebut dipercayai tindakan penyokong yang kecewa ekoran prestasi buruk skuad Harimau Kumbang apabila kecundang di laman sendiri minggu lalu iaitu kekalahan kali empat berturut-turut dalam Liga Super 2017.

Ia menyaksikan sekumpulan peminat melakukan rusuhan ganas sehingga pihak polis terpaksa dikerah mengawal stadium dan melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan keadaan selain menahan enam individu yang terlibat.

Baru-baru ini, para penyokong turut mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabat FAP itu bagi membantah pelantikan Zairil Khir Johari sebagai presiden baharu yang menggantikan Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff.

Penyandang terdahulu itu bertindak nekad meletak jawatan kerana membantah keras pelantikan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera tersebut secara tiba-tiba sebagai pengurus pasukan FAP. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BomFAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

26/01/2025
0

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd