• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Betul Ke Boleh Jadi Jutawan Dengan Main DOTA?

oleh AK-47
14/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK lama dulu, sebuah akhbar tabloid di Malaysia ada mengeluarkan artikel mengatakan kecenderungan bermain permainan komputer hanyalah mendatangkan keburukan dan merupakan aktiviti sia-sia.

Kenyataan itu pastinya dipersetujui lebih-lebih golongan ibu bapa yang bimbang melihatkan ketagihan anak-anak menghabiskan masa di kafe siber dengan permainan dalam talian sehingga mengabaikan tugas mengulang kaji pelajaran.

Namun, benarkah semua permainan dalam talian merugikan masa, tenaga dan wang ringgit?

Itu mungkin cerita dahulu, realitinya di masa kini, permainan e-sukan itu kian berkembang pesat di seluruh dunia dan semakin mendapat tempat di Malaysia.

Pernahkah anda dengar mengenai DOTA?

DOTA atau Defense of The Ancients merupakan permainan yang cukup popular di seluruh dunia sejak mula diperkenalkan tiga perekanya iaitu Eul, Steve Feak dan IceFrog pada tahun 2003.

Ramai tidak menjangkakan, permainan DOTA boleh dijadikan sumber pendapatan lumayan sekiranya anda cukup mahir dan tidak mustahil boleh bergelar seorang jutawan!

Menurut laman esportsearnings.com, pemain e-sukan dari Malaysia dilaporkan mengutip kutipan tertinggi jumlah pendapatan berbanding negara-negara rantau Asia Tenggara yang lain.

Betul Ke Boleh Jadi Jutawan Dengan Main DOTA?

Jumlah di atas ini juga tidak termasuk gaji pemain dan tajaan yang diperoleh mereka sepanjang mengikuti mana-mana pertandingan secara kompetitif.

Jadual di bawah pula menunjukkan pecahan pendapatan 20 pemain e-sukan profesional yang telah  mengharumkan nama negara di peringkat dunia.

Betul Ke Boleh Jadi Jutawan Dengan Main DOTA?

Dikhabarkan, pendapatan pemain DOTA nombor 1 Malaysia, Wong “ChuaN” Hock Chuan mencecah RM2.29 juta pada tahun lalu, diikuti oleh Chai “Mushi” Yee Fung dengan RM1.61 juta.

Manakala Fadil Mohd. Razif atau lebih dikenali sebagai ‘Kecik Imba’ memperoleh pendapatan sebanyak RM168 ribu, sekali gus merupakan satu-satunya wakil Melayu dalam carta pemain e-sukan profesional negara.

Menurut sumber dalaman, pemain-pemain yang bertaraf International menerima gaji sekitar RM6,000 ke RM15,000 sebulan.

Malahan pemain-pemain yang masih meningkat juga menerima gaji sekitar RM1,000 ke RM3,000 bergantung kepada populariti mereka dan penaja.

Kepada golongan muda yang mengidamkan kerjaya pemain e-sukan profesional, teruskan usaha anda menjadi pemain DOTA yang hebat dan jika masih ada ibu bapa yang berang mengenai hobi anda ini, tunjuk saja artikel ini kepada mereka. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DOTAjutawanPermainan KomputerPermainan Video
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anggota PGA Bawah Pengaruh Dadah Lepaskan Tembakan

Next Post

Terengganu Tak Akan Jual Saham Dalam FGV – Razif

Related Posts

Jutawan Kongsi Kisah Hampir Gila Dikhianati

11/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Usahawan tani ini nyaris gila pada 2011 sebaik syarikat kontraktor yang diusahakan sejak berusia 18 tahun, hampir...

Daripada Hobi, Jadi Jutawan

31/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Minatnya terhadap barangan antik mula bercambah sejak di bangku sekolah lagi apabila melihat ayah, bapa saudara dan...

Next Post

Terengganu Tak Akan Jual Saham Dalam FGV - Razif

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd