• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berselera Aliff Makan Durian, Tapi Kenapa Tangan Kiri?

oleh AK-47
06/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGUSAHA D’Herbs, Datuk Aliff Syukri sememangnya dikenali sebagai seorang yang cukup humble bila mana sebelum ini beliau pernah memuat naik gambarnya sekeluarga menjamu durian di KLIA dalam keadaan bersila di lantai.

Baca: Aliff Syukri Piknik Bersila Makan Durian Di KLIA

Terbaharu, beliau kembali dengan video sedang memakan raja segala buah itu di dapur kediamannya.

Dengan aksi bersahaja, Aliff Syukri atau lebih dikenali sebagai Abang Terlajak Laris menunjukkan gaya menjamah durian yang menjadi kegemarannya itu.

Di samping itu, beliau juga sempat mengiklankan dirinya sekiranya mana-mana pihak mahu melantiknya sebagai jurucakap atau model produk makanan mereka secara percuma.

Namun begitu, ada juga di kalangan netizen mempertikaikan penggunaan tangan kiri yang digunakan Aliff ketika menjamu selera.

Norrisham Lee Aicha menegur, “Dato asal makan tangan kiri ni.. Tak comel.. Anak saya tegur.. Mama kenapa idola adik makan tangan kiri?”

Aida Rani turut meninggalkan komentarnya, “Salah tu.. Makan tangan kiri.. Kalau biasa dari kecil lagi macam tu.. Anak-anak makan tangan kiri juga Dato’.. Anak mesti ikut bapak.. Mesti anak tiru juga makan tangan kiri.”

“Pasai pa guna tangan kiri nie Dato’.. Tukaq tangan lekaih,” komen Shuhada Abdul Hamid.

Namun tak semua netizen mempertikaikan hal itu, sebaliknya ada juga yang terhibur dengan aksi Aliff yang ‘membelanjakan’ mereka video durian yang mungkin sudah lama tidak dijamah mereka.

Ainon Rahman menukil, “Dato’ bersarapan dengan durian je ke.. Kirimlah ke mak cik kit.”

“Kat mana jual durian ni Datuk. Nak gi beli gak la,” tulis Shelly Nasution. – MYNEWSHUB.CC

Tags: aliff syukriDURIAN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jamal Bebas Dari Tahanan Reman Umum Letak Jawatan

Next Post

2 Pengawal Ditahan Ceroboh Asrama Sekolah

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Ratusan Durian Muda Gugur, Rosak Angkara Kera

05/06/2022
0

LIPIS: Beberapa pekebun kawasan projek tanaman berkelompok kerugian apabila ratusan buah durian muda dan hampir masak musnah angkara kawanan kera...

Next Post

2 Pengawal Ditahan Ceroboh Asrama Sekolah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd