• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Tertuduh Ke-2 Tidak Tahu Mayat Dalam Tong

oleh Ahmad Albab
23/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas tertuduh kedua dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini bahawa dia tidak tahu adanya mayat di dalam sebuah tong ketika mengisi simen ke dalamnya.

G. Gunasekaran, 49, berkata dia mengisi simen ke dalam tong itu pada 4 September 2015 dan hanya mengetahui adanya mayat di dalam tong itu pada keesokannya. (5 September).

“Pada 4 Sept itu, saya masukkan simen ke dalam tong. Saya sedar ada mayat itu pada keesokan harinya tapi saya tak lapor pada polis,” katanya semasa pemeriksaan balas peguam V. Rajehgopal yang mewakili tiga tertuduh iaitu M. Vishwanath, S. Nimalan, dan S. Ravi Chandaran.

Gunasekaran merupakan saksi pendakwaan ke-54 yang menyambung keterangannya dalam prosiding perbicaraan hari ke-42 hari ini.

Penganggur itu menjadi saksi pendakwaan selepas menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan menyembunyikan mayat dan menghapuskan kenderaan Kevin Morais.

Gunasekaran berkata dia mengetahui adanya guni di dalam tong itu namun, tidak tahu ia berisi mayat Kevin Morais.

Saksi itu turut memberitahu bahawa dia membuat pengakuan bersalah di mahkamah sebelum ini kerana menyedari tindakannya mengisi simen ke dalam tong yang berisi mayat telah menyebabkannya terlibat dalam kes itu.

“Saya tahu (ada mayat) keesokannya, tapi tidak beritahu pihak polis. Saya mengaku salah. Saya terima hukuman kerana saya sembunyikan fakta (tidak beritahu polis mengenai mayat di dalam tong),” katanya.

Kepada soalan Rajehgopal mengenai berapa banyak simen yang diisinya ke dalam tong itu, Gunasekaran berkata dia tidak pasti kerana proses mengisi simen itu dilakukan bersama-sama dua tertuduh lain iaitu Nimalan dan Ravi Chandaran.

Lima lelaki – Dinishwaran, 25, Thinesh Kumar, 24, Vishwanath, 27, Nimalan, 24, dan Ravi Chandaran, 46, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais di antara 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015 di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Dr Kunaseegaran, 54, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan lima lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok. – BERNAMA

Tags: kes bunuhKevin Morais
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Hilang Ditemui Maut, Dipercayai Dibunuh Kekasih

Wanita Hilang Ditemui Maut, Dipercayai Dibunuh Kekasih

30/01/2026
0

BATU PAHAT - Misteri kehilangan seorang wanita yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu terjawab apabila mayatnya...

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

14/01/2026
0

SRI AMAN – Bapa kepada mangsa wanita yang ditemukan meninggal dunia bersama suaminya dalam kejadian tragis di sebuah kediaman di Taman Mutiara,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd