• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Tentera Diberkas Serang Anggota Di Kem

oleh Ahmad Albab
12/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang bekas tentera diberkas selepas cuba merampas senapang daripada seorang anggota tentera yang bertugas di pintu masuk kem tentera Seberang Takir di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 1.55 tengah hari itu, suspek datang ke kem tersebut menaiki motosikal dengan memakai topi keledar dan menutup mukanya menggunakan kain berwarna hitam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata suspek berusia 41 tahun itu kemudian meninggalkan motosikalnya di luar pagar pos pengawal dan meluru kepada anggota tersebut sambil menyatakan mahu berjumpa penolong pegawai pemerintah kem berkenaan.

“Namun suspek bertindak liar dan agresif dengan mengacu pisau sepanjang sembilan inci ke leher anggota berkenaan menyebabkan berlaku pergelutan sehingga mangsa cedera di belakang leher terkena tikaman pisau berkenaan.

“Suspek turut cuba menarik senjata anggota berkenaan, namun seorang anggota lain yang menyedari kejadian kemudian bertindak meleraikan pergelutan dan mendapatkan bantuan,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Wan Abd Aziz berkata suspek yang berasal dari Kampung Pak Kancil, Setiu, kemudian ditahan oleh rakan setugas mangsa sebelum diserahkan kepada polis.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek adalah bekas tentera dan telah dikenakan tindakan buang kerja pada 2007 kerana masalah mental.

“Mangsa yang berusia 29 tahun dan berasal dari Kuala Kangsar, Perak, kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, dan menerima tiga jahitan di bawah telinga,” katanya.

Menurut Wan Abd Aziz, siasatan lanjut masih dijalankan dan polis sedang mengenal pasti motif utama suspek bertindak sedemikian.

“Hasil semakan rekod dan ujian air kencing yang dijalankan menunjukkan suspek bebas daripada pengaruh dadah serta kesalahan jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya. – BERNAMA

Tags: askarsakit mental
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serangan Hendap Ragut Nyawa 51 Askar Di Burkina Faso

Serangan Hendap Ragut Nyawa 51 Askar Di Burkina Faso

21/02/2023
0

OUAGADOUGOU: Sekurang-kurangnya 51 askar terbunuh dalam serangan hendap terbaru oleh pemberontak di utara Burkina Faso, yang secara keseluruhan sudah meragut...

Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

28/01/2023
0

LOS ANGELES: Lelaki yang dituduh membunuh tujuh rakan sekerja ladang di California memberitahu wartawan Amerika Syarikat bahawa dia sememangnya bersalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd