• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bawa Kanak-Kanak, Peserta Himpunan 355 Langgar Syarat

oleh Ahmad Albab
20/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peserta Himpunan 355 didapati melanggar syarat perhimpunan mengikut Seksyen 4 (2)(f) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana membawa bayi dan kanak-kanak ketika berhimpun.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman berkata antara pukul 2 petang hingga 11.30 malam semalam, polis yang bertugas di Padang Merbok dan Jalan Parlimen di sini mendapati ramai peserta perhimpunan itu yang memakai baju ungu membawa bayi dan kanak-kanak.

“Hasil siasatan awal mendapati bayi dan kanak-kanak yang dibawa menghadiri perhimpunan tersebut dalam lingkungan umur tujuh bulan hingga 15 tahun.

“Kes masih dalam siasatan dan sehingga kini tiada tangkapan dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Himpunan 355 yang diadakan di Padang Merbok, di sini bertujuan memberi penerangan kepada umat Islam mengenai cadangan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Antara lain, cadangan pindaan itu membabitkan usaha mengenakan hukuman lebih berat bagi kesalahan yang dilakukan orang Islam sahaja dan langsung tidak memberi kesan kepada golongan bukan Islam. – BERNAMA

Tags: HimpunanRUU355
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Himpunan Pembangkang: Polis Tak Terima Laporan 3R, Penganjur Ditegur Peserta Bawa Kanak-kanak

Himpunan Pembangkang: Polis Tak Terima Laporan 3R, Penganjur Ditegur Peserta Bawa Kanak-kanak

27/07/2025
0

KULIM: Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum menerima sebarang laporan pelanggaran berkaitan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja) atau aduan...

15,000 Dijangka Hadir Himpunan Turun Anwar, 2,000 Polis Akan Berkawal

15,000 Dijangka Hadir Himpunan Turun Anwar, 2,000 Polis Akan Berkawal

18/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menjangkakan antara 10,000 hingga 15,000 orang akan menyertai Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan pada 26 Julai. Pemangku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd