• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bauksit Kampung Jeram Berserah Kembali Beroperasi?

oleh AK-47
21/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kewujudan dua jentera jengkaut di Kampung Jeram Beserah di sini menimbulkan tanda tanya penduduk setempat apakah aktiviti perlombongan bauksit kembali beroperasi ketika moratorium masih berkuatkuasa.

Pengerusi Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram) Ali Akbar Othman berkata kewujudan jentera itu disedari penduduk kampung petang semalam menyebabkan mereka nekad mendapatkan penjelasan kontraktor terlibat hari ini.

Katanya, hasil perbincangan itu, kontraktor terbabit mendakwa mereka mempunyai surat kelulusan bagi kerja-kerja memunggah dan membersihkan stokpile bauksit di lombong berkenaan.

“Bagaimanapun, tinjauan di tapak lombong mendapati terdapat kesan korekan baharu. Kami juga meminta kontraktor terbabit mengemukakan surat dan permit kelulusan yang didakwanya, tapi beliau memberi alasan dokumen itu ada pada pemilik (tanah).

“Jadi kami mahu mereka menghentikan kerja dan memberi tempoh sehingga esok untuk mengemukakan dokumen bagi mengesahkan dakwaan memperoleh kelulusan pihak berwajib,” katanya semasa dihubungi di sini.

Untuk rekod, tempoh moratorium bauksit bermula pada 15 Jan 2016 dan telah beberapa kali disambung dengan tempoh terakhir dijangka tamat pada 31 Mac depan.

Ali Akbar berkata beliau ‘memuji’ tindakan kontraktor itu yang berani berbincang meskipun ‘diterjah’ pihaknya dan orang kampung, namun mereka masih mahu memeriksa surat kelulusan itu bagi memuaskan hati semua pihak.

Perkara itu penting bagi memastikan tiada helah dilakukan seperti menggunakan permit aktiviti membawa bauksit dari kawasan lain, memandangkan perlombongan itu berlaku di beberapa kawasan sekitar daerah ini, katanya.

Ali Akbar menambah jikapun kontraktor itu benar-benar mendapat kelulusan seperti didakwa, mereka masih bertegas supaya aktiviti memunggah bauksit tidak dijalankan sehingga kerajaan negeri mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) perlombongan itu.

“Kita masih lagi menunggu keputusan daripada kerajaan negeri. Jika betul hendak diteruskan, kami mahu SOP. Yakinkan dahulu orang kampung bahawa kami tidak akan terjejas dengan (perlombongan) bauksit.

“Perkara ini bukan hanya melibatkan pengusaha, kontraktor, pemandu lori atau agensi kerajaan tapi juga orang kampung. Kami turut menerima kesan aktiviti bauksit dan sepatutnya kami dijemput berbincang dalam mencari penyelesaian,” katanya.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan (ADUN) Beserah, Andansura Rabu yang turut menyertai ‘terjahan’ itu meminta agensi berkaitan khususnya Pejabat Tanah dan Galian untuk memaklumkan status lombong itu bagi tindakan segera.

Katanya, jika lombong itu beroperasi secara haram di atas tanah persendirian, tindakan tegas perlu dilakukan bagi memastikan tiada tragedi tidak diingini berlaku di situ.

“Kalau ada kelulusan pun sepatutnya tidak boleh dibiarkan sahaja aktiviti (perlombongan) itu. Masalah yang berkaitan dengan bauksit sebelum ini pun masib belum selesai, macam mana boleh dibenarkan aktiviti baharu?

“Kami bantah bukan suka-suka tapi kalau lihat jalan yang rosak disebabkan lori membawa bauksit keluar masuk pun masih tidak dibaiki.

“Kerajaan negeri perlu segera beri jawapan,” katanya. – BERNAMA

Tags: bauksit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Perlu Tegas Pastikan Tiada Perlombongan Bauksit Berjalan

11/09/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkuasaan dalam mengawal selia aktiviti perlombongan bauksit berikutan pengumuman pengeluaran lesen eksport...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd