• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Batalkan Valet Doa’ – Mufti Wilayah Persekutuan

oleh AK-47
16/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERKHIDMATAN ‘doa makbul’ yang ditawarkan syarikat Valet Doa adalah sama sekali tidak menepati Islam yang sebenar dan tidak mengikut syariat, kata Mufti Wilayah Persekutuan (WP), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dr. Zulkifli berkata perkhidmatan itu hendaklah segera dibatalkan agar Islam dilihat sebagai agama yang benar-benar mengikut neraca syariatnya dan terhindar daripada fitnah dan eksploitasi ibadah.

Menerusi kenyataan di laman web rasmi Pejabat Mufti WP semalam, Zulkifli berkata penamaan pakej seperti Pakej Raja Salman dan Pakej VIP sangat tidak berakhlak dan mengelirukan, apatah lagi, ia jelas menunjukkan sifat komersialnya dalam manipulasi doa.

“Penggunaan kalimah mustajab atau jaminan makbul yang difahami itu akan mengelirukan, lebih-lebih lagi jaminan dan had masa tertentu untuk mendapatkannya. Ini menyalahi nas yang sahih lagi jelas,” katanya.

Zulkifli berkata menerusi penelitian pihaknya terhadap Facebook Valet_Doa mendapati wujud beberapa masalah dalam bentuk perniagaan itu dan antaranya ialah etika pengiklanan dalam Islam.

Katanya, individu yang terbabit dalam syarikat itu didapati menjalankan pengiklanan secara berlebih-lebihan dan wujud beberapa keraguan dalam perniagaan itu dan antaranya memberi jaminan 100% doa makbul.

“Dalam iklan itu, ia memberikan jaminan 100% pemakbulan doa sedangkan ia bukan sesuatu yang pasti dan makbul atau tidaknya doa itu adalah hak mutlak Allah.

“Ia bersifat tidak jelas kerana kemakbulan adalah mutlak bergantung kepada-Nya. Ia tetap tidak boleh dilakukan sekalipun ada jaminan wang dikembalikan,” katanya.

Mufti berkata pengiklanan perniagaan seperti itu tetap tidak boleh dilakukan walaupun ada jaminan wang dikembalikan.

Katanya, ia juga tidak boleh dikiaskan dengan badal haji kerana bukan haji mabrur yang diupahkan tetapi amalan badal haji itu sendiri yang boleh menerima upah.

“Mengkomersialkan doa dibimbangkan termasuk dalam firman Allah yang maksudnya: ‘Jangan kamu menjual ayat-Ku dengan harga benda yang murah’ (Surah al-Baqarah: 41),” katanya.

Sejak beberapa hari lalu, laman Facebook Valet_Doa yang menawarkan perkhidmatan ‘bawa doa ke Mekah’ telah mencetuskan kemarahan dan turut dilabel sebagai ‘penunggang agama’ oleh pengguna media sosial.

Pengendali yang memperkenal dirinya sebagai Nasrin Harin, 40, atau Haji Arin mengatakan ia merupakan servis pertama kali seumpamanya yang wujud di muka bumi ini.

Pakej yang ditawarkan pula adalah berharga antara RM250 hingga Rm2,500, kononnya mengikut ‘kemustajaban’ lokasi berdoa selain memberi jaminan wang dikembalikan jika doa pelanggan masib belum termakbul. –MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook Mufti Wilayah Persekutuan.

*Video sekadar hiasan

Tags: doaHina AgamaMuftiValet Doa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Patuhi Arahan Jabatan Veterinar, Isu ‘Brucella Abortus’

Next Post

Geng Pecah Rumah & Curi Kenderaan Di Alor Setar Tumpas

Related Posts

Vijayan Savarinathan Mengaku Salah, Mohon Maaf Hina Islam

Vijayan Savarinathan Mengaku Salah, Mohon Maaf Hina Islam

10/03/2025
0

SHAH ALAM - Pemilik akaun Facebook ‘Vijayan Savarinathan’ tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas tular satu video yang dimuat...

TERKINI: ‘Saya Baru Hantar Isteri Ke KLIA, Terkejut Bila Dapat Khabar Kematiannya’

Tak Boleh Berdoa Di Kubur Bukan Islam Kecuali…

19/05/2024
0

Kuala Lumpur: "Pada prinsip asasnya tidak boleh doa kepada orang bukan Islam di perkuburan itu. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Next Post

Geng Pecah Rumah & Curi Kenderaan Di Alor Setar Tumpas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd