• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Timbus Bekas Lombong Bauskit…

oleh AK-47
05/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kira-kira 30 penduduk di Taman Sungai Karang Jaya hari ini melakukan simbolik menimbus lokasi kejadian tiga kanak-kanak yang ditemukan lemas di kolam bekas lombong bauksit di kawasan perumahan itu.

Simbolik itu sebagai tanda protes kegagalan pihak berkaitan menimbus segera lokasi kejadian meskipun diarahkan berbuat demikian oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Kaitan: 3 Kanak-Kanak Lemas Dalam Kolam Bekas Lombong Bauksit

Menurut Mohd Sharif Awang Ngah, 50, bapa kepada seorang daripada mangsa lemas Nureen Ain Juwita, 10,  sehingga petang ini, lokasi kejadian masih terdedah seperti sebelum ini.

“Tindakan ini bukan untuk saya sahaja tapi semua penduduk kampung dan taman yang marah dengan pengusaha lombong membiarkan kawasan itu.

“Saya harap pihak berkuasa ambil langkah segera timbus dua lombong ini sebelum lebih banyak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya yang memetik Harian Metro.

Dalam kejadian 5.45 petang semalam, tiga kanak-kanak termasuk dua beradik iaitu Sasabella Zulhairi, 12, dan adiknya Mahathir Mohamad, 7, serta rakan mereka, Nureen Ain Juwita lemas di kawasan bekas lombong bauksit di taman perumahan berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bauksitmati lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd